Fitnah politik parti dalam parti
CERITA SEBENAR PERBUALAN DGN 'PENERANGAN PKR'
Beberapa hari lepas saya ada maklumkan 2 perkara positif pada hari tersebut. Yg kedua saya katakan ada individu dlm penerangan parti hubungi saya. Bukan bermaksud panggilan itu adalah panggilan rasmi dari 'Jabatan Penerangan' or unit atau apa sekalipun
Ya benar saya dihubungi dan di sini saya ingin sebutkan namanya yg semua org parti kenal iaitu Zack atau dikenali Zack Rockstar. Zack ini bolehlah saya andaikan org pernah bekerja dlm kerangka media juga. Dia tahu kerja dia.
Tapi ramai yg salah faham dgn artikel tersebut... ada yg ingat saya menganggotai team penerangan. Itu tidak benar dan lebih teruk dari itu ada artikel di Whatsapp menulis kononnya Penerangan PKR memohon maaf kpd saya....
Saya terkejut dan tertanya tanya apa motif artikel tersebut. Jika ramai yg belum membacanya nanti saya siarkan jika perlu. Sebenarnya perbualan yg agak lama tersebut tiada pun apa2 pemohonan maaf dari saya atau pun pihak penerangan atau dari Zack sendiri. Malah tiada gaduh2 pun.
Perbualan itu adalah bersifat saling ingin kenal mengenali antara kami mcm saya bertemu dgn rakan2 FB waktu di KL. Ia kadangkala perbualan yg kritikal bercerita soal pembaikan parti dan cerita PRN Melaka yg lalu.
YB boleh bertukar setiap 5 tahun tapi tugas penerangan adalah setiap hari memberi penerangan kpd rakyat dan ahli parti. Saya harap Zack berjaya dgn idea2 terbarunya utk membantu parti.
Hingga artikel tersebut menulis...' jika Rafizi kembali eloklah Iswardy diangkat menjadi Ketua Penerangan dan saya Pengarah Komunikasi.' Bagi saya artikel ini ada org ingin ambil kesempatan memanipulasikan utk parti bergolak.
Seperti saya jelaskan Zack sgt terbuka dan profesional dlm menjelaskan beberapa perkara yg saya tidak pasti. Dia juga ada menceritakan tentang perancangannya membantu parti. Saya juga beri serba sedikit idea dan dia terima mana yg dia rasa sesuai dan baik utk parti.
Saya beritahu dia saya bukan pemain politik dan tidak berniat utk menjadi pemain pun. Saya lebih suka bebas menjadi pengkritik atau penganalisa politik iaitu perkara yg saya lakukan sejak bergelar wartawan lagi. Saya tidak suka game dlm politik sb saya tahu dlm mana2 parti akn ada parti dlm parti.
Bila saya tiada cita2 politik saya bebas berkarya. Saya anggap politik ini hiburan mcm org lain rasa terhibur bermain golf. Saya bebas ingin bertemu sesiapapun.
Mahzab apa org2 dlm parti saya bertemu dan mendengar komen2 mereka. Siapa yg ingin berkongsi idea, kita berikan pandangan tanpa mengenakan sebarang bayaran.... semuanya FOC.
Saya bukan org yg cari makan atau mencari laba politik seperti sesetengah orang yg bekerja dgn parti atau bergelar YB. Saya bukan nak bertanding menjadi YB. Jadi tolong jgn manipulasi nama saya dlm peperangan anda dgn individu tertentu akhir2 ini.
Kalian nak berperang sesama hampa... peranglah... saya tak campur. Maaf bunyi mcm sombong tapi bukan level saya nak terbabit dgn perang saraf antara kalian. Saya hanya ingin tonton sahaja perang kalian ...apatah selepas PRN Sarawak siapa yg kata dia hebat sgt tu
Saya bukan gelendangan politik, parti atau terpaksa taksub kpd individu tertentu.. jika tidak anak bini tak makan. Rezeki setakat ini alhamdulillah Allah beri dan mudah mudahan berpanjangan...Amin. Alhamdulillah Allah berikan juga rezeki kesihatan yg baik dan rezeki dipertemukan dgn org yg baik2 terutama rakan2 FB. Itu sudah memadai tanda syukur kpd Allah.
Kesian juga bila saya terbaca artikel kononnya Zack (Penerangan) hubungi saya utk memohon maaf. Bagi saya Zack seorang yg sgt profesional dan terbuka mendengar kritikan atau pandangan.
Lama tak layan angin laut negeri di bawah bayu tempat favourite saya di KK ni. Sambil tu dgr lagu 'Berhembus Angin Malam, Mencengkam Menghempas...'.
NORMAN RADZUAN