BANTULAH DI KAWASAN YANG KALAH

 

Jika pengundi Sarawak bangun berani berubah, bantulah mereka walau kalah. Jangan pinggir mereka selepas pilihanraya. Inilah pembuka laluan kemenangan di masa hadapan.

Begitu juga dengan tempat2 lain. Yang PKR kalah majoriti jika pengundi 1000, hanya 400 yang mengundi. Kenalpasti 400 itu dan bantu. Mereka berani! Apabila mereka dijaga walaupun kalah, ia akan membuka mata yang lain.
Jangan hari mengundi saja tabur janji dan harapan, setelah habis mengundi hilang dari pandangan. BN tetap jaga penyokong mereka walau kalah disesuatu tempat. Malah mereka kerja lebih kuat MEMASTIKAN pengundi mereka tidak berubah arah.
Apabila rakyat susah isu nasional seperti rasuah tidak penting dan dipeduli lagi, kerana yang utama adalah bantuan yang diterima. Survival adalah penting! BN memang cekap dan cepat beri ubat, walaupun merekalah yang pukul rakyat.
Tukarlah taktik. Jangan hanya tunggu BN beraksi baru pembangkang bertindak! Syaitan memang banyak onar, yang baik2 ni kreatiflah secara positif.
Allah menjanjikan kemenangan kepada kebenaran, jika asyik kejahatan yang menang pasti orang-orang baik salah percaturan dan tindakan. Allah tidak mungkir janji, manusialah yang tidak menepati syarat janji ditunaikan.
Wallahu'alam
Coretan KakIdaAbd
7 Disember 2021

No comments: