NANTI KITA TAHU JUGA BERAPA DI KELANTAN KEDAH DAN TERENGGANU

 


Pulau Pinang peruntuk RM50 juta untuk i-Sejahtera dalam bajet 2022


Oleh MOHD ALI HASHIM / November 27, 2021


Sebanyak RM50 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi program kebajikan rakyat negeri ini melalui program i-Sejahtera sebagai salah satu cara keprihatinan kerajaan negeri teehadap golongan warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan sebagainya.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan dalam bentuk ‘one-off’ tersebut akan diteruskan dalam Bajet 2022.

“Selain itu kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan peruntukan sebanyak RM8. 2 juta bagi program. Bantuan Agenda Ekonomi Sejahtera dimana setiap ketua isi rumah yang layak akan dibayar antara RM100 hinggalah maksima sebanyak RM1, 300 sebulan.

“Sebanyak RM4. 97 juta telah dibelanjakan sehingga Ogos 2021 melalui bantuan bulanan kepada 1,573 ketua isi rumah bagi meringankan beban kos sara hidup ketika pandemik Covid-19.

“Manakala itu, sehingga Mac 2020 seramai 18,090 penerima barangan kering yang bernilai RM339, 993 telah turut menerima barangan mereka melalui; Unit Mutiara Foodbank,” ujar beliau ketika membentangkan bajet 2022 Pulau Pinang semasa sidang Dun Pulau Pinang yang ke-14 pada Jumaat semalam.


No comments: