MULAKAN MENANGIS UNTUK DIRI SENDIRI


May be an image of 3 people and text that says "Yayasan Anda Encik Anwar: Tingkatkan sektor pertanian Menteri Pertanian Dari muda sehingga lanjut usianya, kemaslahatan rakyat kemakmuran negara adalah keutamaan DS Anwar Ibrahim Fb: KakIdaAbd Ketua Pembangkang"


KAK IDA ABDULLAH


Dari muda sehingga usia emas DS Anwar Ibrahim konsisten memperjuangkan nasib rakyat marhaen yang menjadi mangsa penindasan para elit politik.
Samada dalam atau luar kerajaan beliau tetap
TERBAIK
dan amamah dengan jawatan yang disandangnya. Adalah malang bagi negara kerana ketokohannya diketepikan dalam mengangkat mertabat negara.
Malah ketiadaannya dalam kerajaan menyebabkan negara dikendali oleh para perasuah, pencuri dan harta negara terus dirompak demi kepentingan mereka manakala rakyat terus menderita menjadi mangsa kerakusan pemimpin korup yang tidak sedikit pun rasa bersalah dalam hati mereka.
Malah mereka bersatu dan terus kuat dan berusaha sedaya upaya agar DSAI tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana DSAI mampu mengeluarkan rakyat dari belenggu penindasan dan mereka tidak lagi berupaya menjarah kekayaan negara.
Apakan daya, rakyat pun belum sedar sepenuhnya dan belum bersedia berdiri bermaruah setelah sudah terbiasa berada di bawah telapak kaki pemimpin dan redha pula. Apa yang diharapkan adalah kesedaran generasi muda yang akan mewarisi keperitan jika barisan perasuah, perompak, perosak negara terus dikekalkan.
Untuk diri DSAI, kemurnian hatinya pasti terbalas, jika tidak dihargai di dunia ini, pasti mendapat ganjaran yang baik di sana. Yang rugi rakyat Malaysia. Jika Anwar Ibrahim dinafi membantu, tiada lagi yang gigih berusaha sepertinya untuk jangka masa yang lama.