KALAU AKU JADI PH , AKU TIDAK AKAN MENERIMA MEREKA INI MASUK KEDALAM PARTI.....MEREKA SAMA SAJA PENGKHIANAT.

 

Dua Adun Umno bakal sertai komponen PH

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka daripada Umno akan menyertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Kedua-duanya menarik balik sokongan hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tumbang kelmarin.

Pendirian itu akan diumumkan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, pada masa yang sesuai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran DUN Melaka yang dibuat Sulaiman selepas hilang majoriti.

Bercakap dalam sidang media di Pantai Puteri, Tanjung Kling hari ini, Nor Azman berkata, beliau dan Idris masih membuat pertimbangan sewajarnya selepas menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing.

Pertimbangan itu, jelasnya, bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu.

“Saya dan Datuk Seri (Idris) akan buat keputusan parti mana yang akan kami sertai pada waktu sesuai sebelum PRN.

“Namun, yang dua orang lagi (ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad), saya tidak tahu,” katanya bersama Idris.

Nor Azman enggan mengulas parti atau pemimpin yang menghubungi mereka dan membuat tawaran menyertai gabungan PH itu.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, manakala Idris pula akan mempertahankan kerusi Sungai Udang yang sudah dimenanginya selama dua penggal.

Terdahulu, Nor Azman dan Idris telah dilucutkan keahlian Umno dalam surat bertarikh 5 Oktober.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu mengikut perlembagaan parti, Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno, seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian dengan sendirinya.

“Jadi, jika kedua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli Umno bermula pada semalam (kelmarin),” katanya selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Biro Politik Umno Melaka malam tadi.

Selain Nor Azman dan Idris, turut menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno ialah ADUN Bebas dan Bersatu.