“Kenapakah tidak ada lagi mana-mana Kenyataan Rasmi Istana Negara yang dikeluarkan berkaitan perkara ini, walhal isu Usul Undi Percaya telah disentuh dengan jelas dalam TITAH KeBawah Duli Yang di-Pertuan Agong melalui Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021 itu?” soal Haniff.
Beliau menasihatkan ISMAIL SABRI dan Kerajaannya agar menampilkan ADAT yang SOPAN dalam menangani isu berkaitan TITAH Yang di-Pertuan Agong dan tidak secara semberono menyalahgunakan nama dan kedudukan baginda sehingga boleh mencetuskan persepsi bahawa ISMAIL SABRI dan Kerajaannya sudah memulakan sandiwara dalam amalan "SALAHGUNA NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG.”