MOHD MUKHLIS
Siapa-siapa yang mengharapkan keajaiban dengan Kabinet Mail
Sabri adalah delusional. 90% adalah status quo. Macam saya sebut dalam
clubhouse, dari susunan kabinet dia, kita boleh tahu apa tindakan dia yang
seterusnya.
1) Bagi saya ini adalah kabinet Mail Sabri untuk persediaan
PRU15
2) Dia sudah pasti bercita-cita untuk jadi PM lepas PRU15, jadi
dia boleh buat dengan 2 cara
- Ambil alih tampuk kepimpinan UMNO selepas ROS arahkan untuk
membuat pemilihan semula
- Jika tak berjaya dia boleh bertanding bawah Bersatu ataupun
Perikatan Nasional
3) Melihat hanya beberapa kerat sahaja geng kluster mahkamah
yang lantik jadi menteri, ini bermakna satu tamparan hebat untuk Zahid dan
Najib. Lagi malang kalau Azalina tak di lantik semula jadi timbalan speaker (
kira yang paling perform dalam kluster mahkamah) adalah satu amaran untuk Zahid
dan Najib. Yang paling best admin tentera ketum di Page Najib Razak dah tak
boleh nak pusing apa lagi sebab yang jadi PM adalah UMNO bukan bersatu. Dan
dengan jaminan untuk tak campur tangan kes mahkamah ( yet to be seen), even
Mail Sabri pun tak berani nak rosakkan reputasi dia dengan Najib dan Zahid.
Finally both of them can start tasting their own medicine. Kalau masuk ke dalam
nanti, mereka tak boleh kata konspirasi PH, sebab mereka masuk di bawah
kerajaan UMNO.
4) Takkurantini tak dapat jadi menteri, hopefully industri sawit
kita tak collapse la sampai berbillion-billion. Duta timur tengah pun tak di
lantik, tapi ada pun buat apa, satu-satunya duta timur tengah useless yang tak
pernah turun site visit.
5) Perlantikan PAS dalam Menteri Agama dan timbalan adalah
sebenarnya hendak game mereka bila PRU15. Nanti mereka sudah tiada alasan lagi
hendak bentang RUU355. Mantan mentega dulu mesti menyesal jadi menteri tapi
bila sudah pilih jalan berkhianat, serves him right. Nanti bila PRU15
harap-harap lebai PAS tak boleh lagi tipu bab hudud, haram judi, haram arak,
haram nombor ekor, tutup casino, tutup aurat peramugari dan murtad.
6) Bila dia retain menteri yang tak peform albeit tukar
portfolio macam air suam, itu juga sebenarnya bukti yang dia sengaja hendak
lawan Presiden UMNO dan bina team dia sendiri bila ada pemilihan UMNO.
7) Jemin juga tak dapat jadi TPM walaupun retain menteri kanan,
ini bermakna jemin akan sentiasa jadi dead wood yang bakal menyusahkan Mail
Sabri. Jadi yang dia duk sembang tutup pintu depan, bukan pintu belakang itu
adalah sandiwara semata-mata.
KJ jadi
menteri kesihatan should be way better dari Air suam tapi it will not be easy
sebab every penny yang mereka spend kena di bentang dalam parlimen.
9) Zafrul jadi menteri kewangan bermakna same old thing tapi dia
akan hadapi kesukaran nak bentang perbelanjaan zaman darurat PN dahulu.
10) Lain lain menteri semuanya underform macam Rinamon, Melah,
Nanta, Nuar Musa, Pudin Dolah dan Tiktok adalah cerminan yang kita akan dapat
barisan kabinet yang hampir sama, cuma beza pada nama.
Apa-apapun saya ucapkan selamat bertugas dan pada kluster
mahkamah, selamat berhijrah.