Dah mula dah orang atasan mengingatkan peraturan:
– mencemarkan perkhidmatan awam
– ingkar perintah
– tidak boleh membuat pertanyaan awam
Sekali lagi Doktor-Doktor muda ditakutkan dengan tindakan tatatertib.
Di UK, mogok Doktor-Doktor DISOKONG oleh pegawai atasan dan institusi. Tapi di Malaysia, ditindas dan diugut.
Kepada orang-orang awam, jangan bimbang. Esok, jom kita sokong mereka. Yang ada urusan dihospital, kita pakai baju hitam ya?
Perkhidmatan TIDAK akan terjejas. Mereka tidak akan tinggalkan kerja-kerja klinikal tanpa pengganti. Mereka professional; tapi mereka bukan robot. Punya hati dan perasaan. Saya sendiri akan buat kerja-kerja mereka. Bukankah lebih baik pakar perunding mengambil alih seketika?
I will be with you all the way.
Rafidah Abdullah
#CodeBlack
Disclaimer: saranan pakai baju hitam BUKAN bertujuan apa-apa lain. Saya suka warna hitam.
Sumber: https://www.facebook.com/1