KECOH DALAMAN UMNO.ZAHID BUKA MULUT.

 

Panas !!! Pergolakan dalam Umno, akhirnya Zahid buka mulut

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan agar sesetengah pihak tidak terus menerus membuat pelbagai spekulasi mengenai parti itu.

“Cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu ini, UMNO terpalit pelbagai kontroversi antaranya, spekulasi ingin menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan khas antara Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dibuat pada malam Isnin lalu.

Pertemuan baru-baru ini didakwa meminta Ahmad Zahid tidak membuat membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depan parti tersebut.

Laporan sumber kepada MalaysiaGazette turut menyatakan keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pula tidak dibincangkan kerana ia tidak sesuai ketika ini.

Ahmad Zahid juga menasihatkan agar ahli-ahli parti dan semua rakyat bertenang dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai UMNO.

“Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja.

“Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh “stress“. Kalau “stress” terjejas kesihatan,” katanya lagi.