MANGKOK BETUL...LETAK JAWATAN BUKAN PILIHAN KALAU KERAJAAN LEMAH MEMERINTAH LA BANGANG. KAU MAKAN GAJI BUTA PATUT LETAK JAWATAN SEBAB DUIT RAKYAT

 

1. BERCAKAP SOAL MORAL KALAU MAKAN GAJI BUTA ATAS DUIT RAKYAT ITU TAK BERMORAL NAMANYA.

2. KAKITANGAN AWAM BERKHIDMAT DI BAWAH DYMM YANG DI PERTUAN AGONG.

3. JANJI NAK TUNAIKAN SEGALA MACAM JANJI-ITU PUN TAK BERMORAL

4. KERAJAAN YANG TIDAK SAH DAN BELUM TENTU CUKUP MAJORITI - ITU TAK BERMORAL 

5. TUDUHAN LOKMAN ADAM , MAKAN DUIT UMNO MEMALUKAN PARTI KONONNYA ISLAM, ITU TIDAK BERMORAL.


Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Panas! Hadi kata kalau penyokong PH tak selesa dengan kerajaan PN, letak jawatan jer

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dktrin pengasingan kuasa ialah suatu perkara yang dilaksanakan dalam pentadbiran dan pengurusan secara khusus, dalam lapangan masing-masing, tanpa berlaku gangguan terhadap tugasnya.

Namun begitu, katanya, setiap badan wajib mengikut dasar kerajaan dan bergerak berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah.

Menerusi artikel panjangnya hari ini dalam slot Minda Presiden Pas, Abdul Hadi berkata, terdapat beberapa negara memilih pendekatan dengan meletakkan jawatan penting dalam setiap kementerian dan jabatan mengikut parti yang memerintah.

“Sekiranya parti yang memerintah itu bertukar, maka mereka yang dilantik itu juga mesti ditukar.

“Sebaliknya, ada juga negara apabila sesebuah kerajaan yang memerintah bertukar parti, individu yang dilantik tetap dikekalkan jawatan masing-masing, tanpa ditukar dengan orang lain,” ujarnya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“Jika mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” kata Abdul Hadi.

Menghuraikan lanjut, Ahli Parlimen Marang itu mengambil contoh, seorang pemain bola sepak profesional yang berasal dari sebuah negeri seperti Kedah yang menerima tawaran untuk bermain di Selangor kerana ditawarkan dengan bayaran yang lebih mahal.

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya. Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” kata Abdul Hadi lagi. 



No comments: