Selesai bersama program PWDC, saya bersama Professor Fatimah
Kari, mantan Professor Ekonomi dan Pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan
Pembangunan Universiti Malaya bagi Kajian Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI)
di #PermatangPauh.
Sesi metodologi dan sesi ‘postmortem’ bersama para enumerator
ini adalah hasil daripada kajian mereka di lapangan selama 2 minggu melibatkan
hampir 300 isi rumah. Pengukuran kemiskinan dari pelbagai dimensi ini penting
bagi memberi gambaran sebenar tentang kemiskinan.
Realitinya, kemiskinan bersifat multidimensi. Ia lebih daripada
kekurangan pendapatan semata-mata; tetapi juga akses kepada pendidikan,
kesihatan, kondisi tempat tinggal. InshaAllah, kajian ini boleh menjadi satu
alat pengukur dan panduan yang baik bagi kami menggubal sesuatu program /
bantuan berkaitan kemiskinan di kawasan.