Alhamdulillah,
dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya
maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bulan penuh keberkatan
dan kemuliaan yakni bulan Ramadhan pada tahun ini.
Sudah semestinya
Ramadhan kali ini akan memberi peluang kepada kita semua agar kembali ke
madrasah ruhiyyah dan melaluinya dengan penuh penghayatan dan kesabaran.
Tujuan diperintahkan
untuk berpuasa adalah supaya ia dapat membina ketakwaan di dalam jiwa manusia.
Ianya telah dijelaskan dalam firman Allah SWT iaitu:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ
مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang
yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah:183)
Marilah kita hidupkan
madrasah Ramadhan dengan menghiasinya dengan amal ibadah yang mampu membawa
kepada perubahan yang besar dalam diri kita.
وَمَنْ أَرَادَ
ٱلآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم
مَّشْكُوراً
“Dan sesiapa yang
menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan
untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka
mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)”
(Al-Isra’: 19)
Ramadhan Kareem.
ANWAR IBRAHIM