JENIS APAKAH KERAJAAN YANG KITA ADA SEKARANG?

 

Sejak darurat dikuatkuasakan, Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin setakat ini telah melakukan empat pindaan undang-undang.

Pertama – pindaan undang-undang yang membolehkan kompaun melanggar SOP dinaikkan sehingga RM10 ribu.

Kedua – pindaan undang-undang berkaitan berita tidak benar berkenaan darurat di mana nilai samannya dinaikkan sehingga RM100 ribu.

Ketiga – pindaan undang-undang yang membolehkan kerajaan menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan milik negara tanpa kelulusan Parlimen.

Keempat – pindaan undang-undang berkaitan Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN yang membenarkan kerajaan menggunakan wang amanah tersebut untuk perolehan vaksin dan program imunisasi.

Pindaan pertama dan kedua dilakukan bertujuan menekan dan menyusahkan rakyat.

Pindaan ketiga dan keempat pula bertujuan menyenangkan hidup Mahiaddin.

Untuk berbelanja apa sehingga Mahiaddin memerlukan tambahan wang menggunakan dana negara dengan bebas?

Tentang dana KWAN, kenapa diperlukan dana amanah untuk vaksin lagi, walhal peruntukan RM3 bilion sudah diluluskan dalam Belanjawan 2021?

Suntikan vaksin pun perlahan dan peruntukan RM3 bilion belum habis dibelanjalan, kenapa tiba-tiba wang amanah KWAN yang mahu dijarah?

Kesimpulannya, dengan empat pindaan tersebut, jenis apakah kerajaan dan Perdana Menteri yang kita ada sekarang?


 (Shahbudindotcom 22/04/2021)