STEVEN SIM
Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan Sdr. Lim
Guan Eng, tapi last minute, saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit
Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa.
Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun pack dan
duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.
Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur 3
tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih
seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.
Saya bagitau Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun
hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.
Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco
BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan. Cashier
pun terkejut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan
sehingga hujung Syawal.
Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka
terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap
kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk,
beli mainan kegemaran mereka.
Kebetulan di luar Tesco ada bazaar jual baju raya. Dah sampai
kat situ, takkan tak beli. So, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu
beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya. Saya
bagitau anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua
pakat pilih baju untuk ibu.
Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau
Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam
manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.
Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak order, semua
diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan
mekdi jadi tak tahu nak order apa. Ok, takpa, pakcik tolong orderkan. Setiap
seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.
Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa?
Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan
nanti.
Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros
sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh
(sampai satu rak pecah sebab
terlalu berat). Ibu minta satu saja, blender nak masak untuk anak-anak. Terlupa
beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind.
Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali. Saya dah janji ini
hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat
berkongsi kegembiraan itu.