HAMDAN TAHA
Marah pemuda Pas ni kepada Ketua Pemuda umno dan dia keluar ayat bahawa ada pemimpin umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM dan itu tindakan tidak wajar kononnya lahhh. Suka saya nak ingatkan Pas bahawa mereka sokong Anwar Ibrahim jadi PM ni pada tahun 1999,2004 2008 2013.....apakah Pemuda Pas lupa pada sejarah....atau mereka sama macam ayahenda presiden mereka suka lupa apa yang pernah di ucapkan....
TULISAN DARI SEORANG PENYOKONG
Salam bang
asalamualaikum, nak menulis sedikit....
Saya lahir dalam
keluarga umno dan membesar pun dalam persekitaran politik umno. Saya biasa
hadir dalam mesyuarat umno cawangan dan bahagian. Pernah juga mempengerusi
mesyuarat agung umno cawangan.
Bila masuk u saya
mula terdedah dengan parti-parti politik yang lain. Hati saya mula tertarik
kepada pas. Saya juga mula hadir program-program Pas dalam u. Bila mula bekerja
saya terus tertarik dengan Pas...dan merasakan akan aktif dengan Pas bila telah
meninggalkan perkhidmatan nanti.
Tetapi...mulai Pas
menjadi pemerintah dengan bergabung dalam kerajaan pn, hati saya mula di hiris
sedikit demi sedikit. Mula timbul banyak pertanyaan dan otak juga berfikir
dengan segala tingkah laku pemimpin Pas,
dan hari ini, saya
mula menganggap pemimpin politik sama sahaja. Bagus atau tidak pemimpin politik
itu bukan ditentukan oleh parti yang di anggotai, tapi diri pemimpin itu
sendiri.....sekian.
(Ini tulisan seorang
sahabat saya,orangnya masih bertugas dan berjawatan tinggi,beliau hantar ke
saya luahan dia. Bagi dia dan saya juga bersempedapat dalam bab ini. Rakyat
mula meragui keikhlasan pemimpin politik sekarang,rakyat dah dapat bezakan
kerana semua parti telah pernah jadi kerajaan dan pembangkang,maka rakyat boleh
menilai 100 peratus. Semasa pembangkang dan selepas jadi kerajaan)