Tentera kepung Yangon, tunjuk perasaan Myanmar masuk dua minggu

 


Image result for PEMBERONTAKAN DI MYNMAR



Tunjuk perasaan anti junta tentera di Myanmar masuk hari ke 14 berturut-turut.

Kepungan tentera ke atas pusat kewangan Yangon sejak 4 hari lalu tidak menggentarkan penunjuk perasaan. Sebaliknya, demonstran kekal bertahan di tengah kota Yangon dan bandar kedua terbesar, Mandalay.

Pada 17 Februari lalu, ketua tentera yang merampas kuasa dan menahan tokoh demorasi Myanmar Aung San Suu Kyi, Jeneral Min Aung Hlaing mengancam untuk bertindak tegas ke atas penunjuk perasaan.

Bagaimanapun tentera masih mengambil sikap berhati-hati bagi mengelakkan kebangkitan rakyat yang lebih besar sekiranya kekerasan bersenjata digunakan.

Dalam pada itu, Channel News Asia melaporkan penggodam mula menyerang laman web kerajaan Mynamar sebagai protes penutupan internet sejak 4 hari lalu. Manakala di pusat kewangan Yangon rakyat mengadakan protes dengan memperlahankan kenderaan atau menghalang lalu lintas.

“Trafik berjalan amat perlahan di bandar Yangon untuk menunjukkan sokongan kepada penunjuk persaan.

“Kenderaan juga diparkir bagi menghalang lalu lintas untuk membatasi pergerakan tentera (ke jalan dikuasai penunjuk perasaan) dan menghalang orang untuk ke tempat kerja,” kata CNA.

Menurut stesen itu lagi, di Mandalay polis menembak pekerja perkhidmatan keretapi yang mogok untuk menyuraikan mereka kembali bekerja.

“Ketengan meletus pada tengah malam di Mandaly selepas polis dan tentera melepaskan tembakan peluru getah menyuraikan mogok pekerja keretapi, mencederakan sekurang-kurangnya seorang,” lapor CNA.

Media antarabangsa mengesahkan sehingga kini lebih 400 penunjuk perasaan, aktivis dan ahli politik telah ditahan atau didakwa.

Namun tunjuk perasaan masih kekal dalam saiz puluhan ribu demonstran di beberapa bandar utama.

Malah baru-baru ini, pengawal trafik udara di lapangan terbang juga menyertai kempen ‘pengabaian kepatuhan hukum’ yang bermula sejak lebih seminggu lalu.