ASIAH ABD JALIL
Semalam saya dimaklumkan bahawa kenalan saya dipanggil ke IPD
Putrajaya untuk memberi keterangan. Satu laporan polis dibuat terhadap beliau
berikutan satu manual bertajuk "COVID-19 : PERSOALAN DAN FAKTA" yang
telah disusun oleh beliau.
Polis membuat siasatan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Wow, tak cukup dengan undang-undang darurat, now kerajaan nak guna Akta Hasutan
pulak untuk melawan COVID-19?
---------------
Kenalan saya disiasat kerana menulis dan menyebarkan hasil
pengumpulan kajian berkaitan COVID-19, dalam versi bukan arus perdana yang
bertentangan dengan mazhab KKM.
Saya sudah melihat sepintas lalu Manual COVID-19 tersebut. Ia
mengandungi 135 muka surat, 7 tajuk besar, 38 subtopic berserta 272 rujukan
footnotes. Manual ini disediakan oleh seorang yang berkelulusan PhD, bukan
makcik kampung.
---------------
Untuk makluman kerajaan Muhyiddin Yassin, kalau nak guna Akta
Hasutan, first kena prove seditious tendency dulu. Apa itu seditious tendency,
kena tengok seksyen 3(1) Akta Hasutan.
Tapi jangan pulak lupa kat seksyen 3(2) Akta Hasutan yang
memperuntukkan :-
(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech,
words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason
only that it has a tendency-
(b) to point out errors or defects in any Government or
constitution as by law established ... or in legislation or in the
administration of justice with a view to the remedying of the errors or
defects;
---------------
Nak bagitau kat kerajaan, tak semua rakyat bersetuju dan rela
untuk menerima vaksin. Tak kisahlah atas sebab apa sekalipun, hak rakyat untuk
menolak vaksin mesti dihormati.
Kerajaan tak boleh halang rakyat daripada mendapatkan
maklumat-maklumat lanjut. Zaman milenium ni serba-serbi di hujung jari aje.
Rakyat pun dah bijak nak tapis info.
Rakyat juga dah mula sedar, mazhab KKM tak semestinya 100%
betul. Nak-nak KKM tu dah ting tong asyik dengar cakap politicians dan
orang-orang yang berkepentingan.
Maka rakyat boleh membuat informed decision sebelum decide nak
cucuk vaksin atau tidak. Misal kata rakyat enggan divaksin, kerajaan tak boleh
attack sesiapa dengan menggunakan kuasa darurat ke, Akta Hasutan ke, Penal Code
ke, and whatnot.
Muhyiddin Yassin rampas kuasa pada 29 Februari 2020. Bulan
Februari tahun ni baru first anniversary. Eh, dah sibuk nak guna Akta Hasutan.
Jangan buat tindakan-tindakan yang hanya mengakibatkan kerajaannya semakin
dibenci.