BAB JATUH HUKUM KE ORANG ...LEBAI MEMANG JUARA LA...

 


Nasrudin tegas tidak akan mohon maaf terhadap Ibu Yati

Nasrudin tegas tidak akan mohon maaf terhadap Ibu Yati

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menegaskan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada individu yang dikenali sebagai Ibu Yati.

Nasrudin berkata, tidak ada sebab untuk dia berbuat demikian.

Kata Nasrudin, hal itu kerana yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan membawa fahaman yang boleh menyelewengkan pemikiran dan akidah orang Islam adalah individu terbabit.

“Tiada keperluan untuk saya memohon maaf. Yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan membawa fahaman yang boleh menyelewengkan pemikiran dan akidah ummah ialah beliau,” katanya 

Bahkan kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu, wanita terbabitlah yang sepatutnya membuat permohonan maaf.

“Selayaknya dia kembali kepada ajaran Islam yang benar dan memohon maaf kepada orang ramai,” katanya.

Nasrudin berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan maaf secara terbuka dibuat seorang wanita yang dikenali sebagai Ibu Yati.

Pada 29 Jan lalu, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, menafikan dia membawa ajaran sesat mahupun agama baru.

Jangan cepat menghukum

Dia kemudian memberi tempoh tujuh hari kepada Nasrudin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan itu.

Tempoh yang diberikan itu sudah tamat namun setakat yang diketahui belum ada sebarang tindakan diambil wanita berkenaan ke atas Nasrudin.

Ekoran daripada itu juga Wan Noor Hayati yang juga bekas wartawan membuat laporan polis terhadap Nasrudin di Balai Polis Ampang.

Pada 2 Feb lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed memaklumkan pihaknya kini telah memulakan siasatan terhadap ajaran “agama Melayu” yang dipercayai menyeleweng daripada Islam.

Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hampir selesai menyiasat ajaran itu.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk menggesa orang ramai supaya tidak cepat menghukum mana-mana individu berdasarkan video yang tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad pula berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) perlu bermuzakarah dengan jabatan agama Islam negeri sebelum mengeluarkan fatwa ke atas sesuatu ajaran.