Akhirnya terdedah! Ingatkan di Kelantan tiada aktiviti pelacuran

 


Akhirnya terdedah! Ingatkan di Kelantan tiada aktiviti pelacuran


Lima wanita tempatan ditahan di sebuah banglo di Kubang Kerian di sini, dipercayai terbabit aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat.

Mereka yang berusia 20-an hingga 60 tahun itu ditahan pada 3.45 petang semalam, sempena Op Noda.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, turut ditahan sembilan lelaki termasuk warga Myanmar.

Katanya, ketika serbuan, wanita berkenaan berada di dalam bilik bersama pasangan masing-masing, manakala banglo itu dipercayai disewa sebagai lokasi kereta sewa.

“Kita juga menahan seorang lagi lelaki berusia 20-an, disyaki individu yang berperanan untuk mendapatkan pelanggan melalui aplikasi MiChat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafien berkata, pihaknya merampas buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, sebuah kotak hitam berisi enam kondom yang belum digunakan, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, kunci bilik, sebotol minyak urut, dua kondom yang sudah digunakan dan wang tunai RM1,917.

Menurutnya, semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B kanun sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti haram sebegitu boleh menyalurkan maklumat ke talian hotline 09-7450999.


No comments: