TERKINI| Kerajaan PN tumbang?

 


TERKINI| Kerajaan PN tumbang?

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diramal tumbang dalam masa terdekat ekoran pergolakan antara dua parti utamanya iaitu UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat sudah sampai ke kemuncaknya.

Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Selasa menunjukkan keretakan hubungan kedua-dua parti itu semakin parah dan tidak mampu disembunyikan lagi. Perkembangan terbaharu itu juga rentetan krisis demi krisis yang berlaku sejak kebelakangan ini bermula dengan penyingkiran Menteri Besar Perak daripada Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, seterusnya dakwaan lebih 60 peratus ketua UMNO Bahagian mengusulkan agar parti itu tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, situasi yang berlaku itu sudah cukup menunjukkan bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dalam masa terdekat untuk memperbaharui semula mandat rakyat.

“Kemelut antara UMNO dan Bersatu sebenarnya sudah dapat dibaca sebab kita dapat lihat dengan jelas petanda hubungan panas antara kedua-duanya.

“Rakyat mungkin perlu berdepan PRU15, selain ia memberi tekanan kepada sebuah lagi parti utama dalam PN iaitu Pas sama ada mereka mahu keluar PN seperti UMNO atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan pilihan terbaik sekiranya kerajaan PN tumbang adalah dengan mengadakan PRU15.

Ahmad Atory berkata, paling awal PRU15 dijangka diadakan ialah pada Jun depan.

“Sekarang ini, mustahil untuk diadakan memandangkan kes Covid-19 masih lagi tinggi.