Menurut Faiz, darurat yang dipohon Tan Sri Muhyiddin Yassin, menurut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan menimbulkan banyak tanda tanya.
Beliau berpendapat kawalan penularan wabak COVID-19, menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) sudah memadai bagi meratakan lengkungan jangkitan wabak ini.