BOB KELANANG
Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu
jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah
Kelantan... sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... tapi mungkin
sudah ader 3 atau 4 orang anak...
Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...
Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu
memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran,
pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..
Bayangkanlah semasa 30 tahun Kerajaan PAS memerintah... apa yang
kita disajikan adalah betapa payahnya Kerajaan Negeri memerintah dalam keadaaan
dana yang kurang... ditambah lagi dengan kata bicara kononnya berlaku sekatan
dana dari Kerajaan Persekutuan... Betul... memang ada dana yang tersekat DAN
tersangkut... tapi itu bukanlah satu alasan yang tepat untuk terus berkeadaan
begini...
Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan
professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat DAN mencari jalan untuk
menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan
keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan
banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana serta juga industri
perladangan dan perkebunan... malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap...
industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.
Tapi yer la... apa yang boleh diharapkan dengan kepimpian
Kerajaan Negeri dan Parti yang susah nak terima pandangan dari sudut
professional... mereka cuma nampak pada hutan sahaja... itu sahaja yang mereka
nampak untuk mendapatkan hasil untuk negeri... payah kalu dah mentaliti macam
tu...
Sedangkan industri perikanan terutamanya laut dalam memang boleh
dilaksanakan di sana dengan bantuan dan kerjasama Kerajaan Negeri... dengan
memanfaatkan Koperasi Nelayan dengan lebih bersepadu sewajarnya mereka boleh
menerajui industri perikanan laut dalam dan juga perikanan secara sangkar.
Itu aku citer dari sudut luar...
Kalu berkenaan dengan Air Kelantan... ini satu perkara yang agak
payah nak diselesaikan... semua sebab sikap dan keras kepala banyak pihak...
kita tahu selama 30 tahun paip-paip air besar milik Air Kelantan tidak dapat
ditingkatkan DAN dibaik pulih... hampir 95% paip-paip besar milik Air Kelantan
di Kota Bharu tidak dapat diakses untuk dibaik pulih hanya kerana ada
binaan-binaan milik persendirian yang telah dibina diatas laluan paip ini...
hampir semua kawasan ROW untuk perkhidmatan Air Kelantan telah digunapakai
secara haram oleh pemilik hartanah yang berdekatan...
Kaki lima jalan yang sepatutnya adalah laluan ROW paip Air
Kelantan biasanya telah menjadi binaan kedai dan gerai malah ada yang
menyambung membesarkan ruang rumah dan kedai sehingga mengambil kawasan ROW
ini... Nak kata takder amaran dari PBT, mungkin betul tiada... tapi... kalu ada
pun biasanya PBT tak berani nak ambil tindakan lanjut hanya kerana sikap
samseng dan gedebe orang Kelantan... kalau rasa nak kena parang, cuba lah
runtuhkan binaan tu...
Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di
Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak
ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam
banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari
tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak
ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi
di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...