US ROZAIMI JAWAB LEBAI

 

Meminta maaf kepada manusia tidak sama dengan istighfar.

Istighfar ialah meminta ampun kepada Allah. Meminta maaf kepada manusia ialah kepada makhluk.

Memperbanyakkan istighfar dituntut dalam agama. Meminta maaf kepada makhluk jika tidak bersalah tidak dituntut walaupun mungkin baik jika ingin memperbaiki ukhuwwah sesama manusia. Menjadi pelik pula jika memperbanyakkan minta maaf kepada makhluk sedangkan dia tidak bersalah.

Kelebihan memperbanyakkan istighfar meluaskan rezeki *manakala memperbanyakkan minta maaf kepada orang lain belum tentu menjadi exco*.

Moga netizen jelas perbezaan ini. Terima kasih.

Dr Rozaimi Ramle


Image may contain: text that says "37m Rasulullah mihon ampun dengan istighfar kepada Allah tidak kurang seratus kali sehari. Adakah rasulullah bersalah atau derhaka kepada tuhannya? TIDAK.. Itu tanda kemuliaan yang begitu tinggi kepada tuhannya.. Maka.. Tidak salah seorang isteri atau anak sentiasa memohon ampun kepada ayah atau suami setiap hari walau tiada kesalahan di lakukan. la kerana memuliakan kedudukan.. Tak salah mohon masf.. Yang jahil sahaja merasa peliknya..."




No comments: