Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah cecair atau pepejal?
Mungkinkah vibranium atau sanusium!
Konsep bendalir, ia mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke
kawasan bertekanan rendah. Macam minyak dan gas contohnya, dalam reservoir
tekanan adalah tinggi. Sebab itu bila kita gerudi, minyak dan gas akan memancut
keluar.
Tapi reservoir bukanlah berada di permukaan. Ianya nun jauh
beratus kaki ke dalam perut bumi. Kalau setakat di permukaan bumi, tekanan tak
cukup kuat. Mungkin mengalir macam air di telaga.
Jadi macam yang MB Kedah kata, mineral baharu ini tak perlu
perlombongan, hanya pacak paip 4 inci dan mineral akan mengalir keluar, aku
jadi kaget. Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah dalam bentuk cecair atau
pepejal?
Kalau dari ceritanya, macam cecair. Tapi cecair apa yang
dikatakan Rare Earth Element yang bernilai tinggi ini? Entahlah. Tapi kalau
bukan cecair, takkanlah mineral itu boleh mengalir sendiri ke permukaan. Agak
memelikkan.
Tambah pelik bila dikatakan ia tidak perlukan perlombongan.
Sedangkan air telaga pun perlu dikorek. Sedangkan bauksit pun perlu dilombong.
Mineral di Kedah ini pula cukup setakat cucuk paip 4 inci? Sumpah, aku keliru.
Aku tak sabar sebenarnya nak tahu apakah mineral yang ditemui di
Kedah itu. Sungguh sungguh misteri. Mungkinkah vibranium? Apakah vibranium
memang betul wujud? Entahlah. Tapi buat masa ini biarlah aku gelar mineral itu
sebagai Sanusium.
.
- R a j a G e l a p -