MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Saya dulu selalu tegur golongan ruwaibidhah nak bermain dengan
3R ( Race, Religion dan Royalty) adalah perkara yang bahaya. Dia macam pedang 2
mata, silap-silap main boleh terputus tangan sendiri.
Walaun dan lebai kata pasangan tersebut dah masuk Islam lepas
itu balik ke India hanya untuk lengkapkan resepsi belah sana. Walaupun keyataan
yang lebai petik itu dari 3rd party yang bahasa dia sendiri tak consistant, for
the sake of the argument kita terima yang kata mereka berdua dah masuk islam.
Tapi kalau masuk Islam, dia tunduk dan sembah sesuatu selain
dari Allah sudah jadi dosa besar.
Walaun kena ingat yang India di bawah Kerajaan BJP dah gazetkan
satu undang-undang perkahwinan antara agama yang mana kalau mereka berkahwin
dengan niat hendak suruh tukar agama boleh di penjara 10 tahun ( sudah tentu
law in ini bias untuk lelaki muslim yang cuba kawin dengan wanita hindu di
India).
Jadi kalau suami dia masuk Islam dan isteri yang entice dia
supaya masuk Islam, Isteri dia boleh kena dakwa atas undang-undang baharu ini.
dan kena ingat juga yang suami dia tu kapten hoki nasional, kalau dia tukar
agama, silap2 ada rusuahan kaum/agama di sana.
Jadi the best way untuk elak dari kena penjara dekat India
adalah mengaku isteri dia sudah convert ke agama lain atau stay berlainan agama
dan hanya kawin ikut sivil macam pluralisma
Tapi kalau stay berlainan agama, ikut neraca walaun dan SSST
bukankan itu Islam terancam? Menteri Agama PN kata ini luar bidang kuasa dia,
kalau nak playsafe jangan ambil jawatan lantikan politik.
Bila dah kena dekat batang hidung lebai, baru walaun belajar
perkataan dosa peribadi, belajar perkataan tabbayun. Padahal dulu tajassus jadi
makanan tengah hari harian, fitnah jadi makan malam.
Saya secara peribadi bersimpati dengan pasangan tersebut sebab
jadi crosshair antara fanatik agama di dua-dua negara Malaysia dan India. Cuma,
kadang-kadang dengan cara ini baru terbuka mata pentaksub semua yang lebai
mereka yang di banggakan selama ini hanya golonga yang menjual ayat-ayat Allah
demi sedikit habuan dunia.
Allah itu tidak pernah tidur, ini baru sedikit cerbisan fitnah
golongan ruwaibidah di balikkan pada diri penuduh. Yang paling sedih nanti
pengikut yang taksub akan memohon pada Allah supaya pemimpin yang menyesatkan
mereka di azab dua kali ganda sebab pemimpin tadi sudah berlepas diri terhadap
apa yang mereka jamin semasa di dunia.