Konon dulu Pas serbu kedai sebab jual ARAK, rupanya itu adalah BIR… kikikikikiii

 

P E J U W A N G I S L E…


BOB KELANANG

Tahun lalu, pimpinan Pas Perak, Hafez Sabri bersama sekumpulan telah datang sebuah kedai di Manjoi, Ipoh gara-gara menjual minuman keras.

Beliau menuntut supaya pasaraya tersebut menghentikan penjualan arak di situ oleh kerana kawasan tersebut adalah majoriti Islam.

Beliau mendakwa, pihak masjid berdekatan dan masyarakat setempat telah menyatakan bantahan kepada pihak pengurusan kedai tersebut.

Tetapi, katanya tidak ada sebarang tindakan diambil seolah-olah tidak sensitif dan masih berdegil menjual arak.

Tindakan mereka datang ke kedai tersebut menyebabkan pekerja yang tidak apa-apa terpaksa mengeluarkan semua air minuman yang dibantah itu daripada peti ais jualan.

Tindakan tersebut telah mendapat respon Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada ketika itu yang mengingatkan agar NGO yang mempunyai masalah berhubung sesuatu isu tidak bertindak sendirian dan mengikut saluran yang disediakan bagi mengelakkan masalah lain timbul.

Namun, setelah melihat kenyataan menteri semalam, mendapati rupa-rupanya bantahan tersebut adalah silap kerana kedai tersebut bukanlah menjual arak tetapi bir.

Barangkali mereka keliru tentang perbezaan arak dan bir yang mana ketika ini Kerajaan PN tetap memberi kebenaran untuk menjualnya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka...

TAKDIRRRRRRRRRRRRRRRRR