Kenyataan DAP bukti Tun Mahathir masih kuasai PH

 

NORMAN RAZDUAN

Image may contain: one or more people and people standing, text that says "Demi COVID-19, Pejuang Sanggup Bekerjasama Dengan Perikatan Nasional, Kata Dr M 小"

DAP ' Hidung tak mancung pipi tersorong sorong'

AZMIN DIBENCI KIRI DAN KANAN

Selepas Anwar bertemu YDPA politik tanahair kembali bergocak. Siang dan malam PN, BN dan UMNO bermesyuarat. Ugut mengugut antara mereka berlaku.

Dlm suasana Muhyiddin yg panik, tiba2 DAP dan khabarnya Warisan senada dgn Tun Mahathir utk menghulurkan tangan persahabatan. Saya ibaratkan tindakan DAP itu seperti kata pepatah 'Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong Sorong.'

DAP mesti sedar... mereka hanya diterima oleh org Melayu apabila Anwar menyatukan mereka dgn PAS. Selepas PAS mensucikan DAP barulah sebilangan besar org Melayu menerima mereka. Apabila PAS menukar fatwa mereka kpd DAP... DAP ibarat sudah 'murtad' kembali.

Yg tinggal Melayu menyokong DAP adalah Melayu bandar atau Melayu Intelektual. Melayu yg boleh berfikir secara akdemik dan bencikan rasis. Kelompok ini hanya tinggal 30-35% sahaja dan kelompok ini adalah Melayu di dlm PH dan kebanyakkan adalah penyokong Anwar.

DAP mesti sedar sejak sekian lama org Melayu menganggap parti itu parti komunis. Sehingga kini org Melayu luar bandar atau di pantai timur tidak boleh menerima DAP walaupun berpuluh juta kerajaan DAP PP menghulurkan bantuan kpd org Islam PP.

Walaupun berbuih mulut Mat Sabu dan Khalid Samad cuba mensucikan DAP ia tetap tidak diterima oleh org Melayu. Dlm situasi skg DAP beruntung kerana pengundi Cina ke depan dlm pemikiran politik mereka.

Dlm masa yg sama kenyataan DAP itu sebenarnya satu 'bala' kpd PH. PH tidak akn mampu memenangi PRU 15 kerana PH dlm erti kata sebenarnya dikuasai oleh Tun Mahathir. DAP sejak akhir2 ini lebih senada bersama Tun berbanding Anwar.

Hanya Amanah belum melahirkan cita2 yg sama. Tapi saya yakin Amanah akn mengikuti DAP. Ini dpt dilihat dlm tempoh 8 bulan ini Amanah dan DAP dilihat senada dlm pelbagai isu.

Persoalannya adakah adil DAP berbuat demikian?

"Ini benar-benar gila. Nampaknya ada juga segelintir yang tidak bermaruah serta begitu kemaruk kuasa sehingga sanggup bersama Najib untuk tubuhkan kerajaan baharu. Saya tidak akan sesekali sokong kerajaan sedemikian," ujar Tony Pua.

Kita ingin bertanya di antara Najib dan Mahathir, Muhyiddin dan Azmin apa berbezaan mereka? Najib khianat wang rakyat...bukan kah Mat Sabu dulu menjerit di atas pentas... " Mahathir bapa perompak...perompak2 baru tak usah dok tipu dialah...". Begitu Muhyiddin yg mengkhianati mandat rakyat dan mengkhianati PH???

Di manakah keadilan keputusan DAP tersebut? DAP cuba mengaburi penyokong PH. DAP mesti ingat pada PRU 15 andaikata mereka terpisah dgn PKR... Bersatu, PAS mahupun UMNO tidak akan sudi bekerjasama dgn mereka kerana mereka adalah parti yg disokong oleh Melayu luar bandar.

Melainkan DAP mengambil keputusan bersendirian atau akn bersama Tun dan Amanah. Pun begitu yg akan menjadi mangsa adalah Amanah. Ini kerana Amanah bergantung kpd pengundi intelektual dan penyokong2 Anwar. Amanah tiada kekuatan di kawasan Melayu luar bandar.

Hanya dgn memberikan Amanah bertanding kawasan kepentingan DAP di PP sahaja mungkin ada beberapa calon Amanah yg bakal menjadi MP dan ADUN. Persoalannya DAP hanya menggunakan Amanah utk melihat mereka mesra Melayu.

Mengapa kita tidak boleh menerima sokongan UMNO secara en-block? Ketika OT95 mencuri MP2 UMNO ada kita lihat DAP menolak? Skg apabila DAP mengatakan mereka ingin menyokong PN... adakah di dlm PN tiada MP UMNO? Malah di dlm PN ada Muhyiddin dan Azmin yg mengkhianati DAP.

Dulu Khalid Samad kata dia mahu Anwar berunding dgn Mahathir kerana pentingnya 'numbers' walaupun kecil. Mengapa jika Najib dan teamnya mahu menyokong rakan PH menolak utk mencukup nombor? Sekali lagi kita ingin bertanya Tun itu adakah lebih suci dari Najib ?????

Sebab itu saya katakan, keputusan UMNO utk kekal bersama PN mengecewakan OT95 mahupun DAP. Saya yakin jika UMNO menolak, OT95 akn membawa DAP, Warisan dan Amanah utk mengisi kerusi MP UMNO. Perancangan ini tidak terjadi apabila UMNO u-turn.

Ada yg maklumkan DAP terpaksa ikut Tun kerana kes LGE. Mereka kata kononnya sokongan LGE ini adalah juga sepertimana yg terpaksa dilakukan Hadi Awang dan Zahid Hamidi. Saya no komen just fikir2 lah sendiri....

Ada ura2 kononnya Azmin akn ambil kesempatan ke atas Muhyiddin sepertimana dilakukannya kpd Anwar dan PKR. Saya nampak karier politik Azmin menuju ke jalan yg gelap.

Ini kerana Azmin dibenci oleh PH dan UMNO. Percayalah pada PRU 15 nanti Azmin sukar mencari kawasan Parlimen yg mampu dimenanginya. Saya yakin UMNO akn mengkebumikan Bersatu pada PRU15 disebabkan itu mereka terpaksa bersabar dgn karenah PAS yg dilihat rakan yg tidak boleh dipercayai tetapi boleh dipergunakan.

Sedangkan UMNO masih memikirkan nasib rakan2 mereka di Terengganu, Kelantan dan Kedah yg terpaksa berkongsi dgn PAS... inikan mahu serahkan lagi 30 kerusi kpd Bersatu.

Perkahwinan mutaah UMNO dan Bersatu ini umpama perkahwinan kontrak apabila seorang bapa terpaka mengahwinan anaknya berusia 18 tahun dgn lelaki tua berumur 80 tahun utk melangsaikan hutang.

Menjawab tentang ada yg mengatakan mereka tidak mahu Anwar bekerjasama dgn Najib kerana prinsip. Beritahu mana2 parti yg berpegang pada prinsip? DAP... mereka pun boleh menyokong pengkhinat dan UMNO yg menyokong PN.

Politik bukannya 5+5= 10. Belajarlah kebijaksanaan Erdogan yg kini menjadi harapan negara2 Islam seluruh dunia.

Erdogan dilihat tidak ekstrims dan gelojoh dlm berjuang melawan pemerintahan yg sekuler. Dia bijak dlm mengendalikan emosi rakyat dan mempunyai jiwa yang besar ( beli jiwa rakyat dahulu ). Dia hanya mahu kemenangan dan dpt bekerja dgn baik tanpa mendapat gangguan dari pihak eksternal seperti tentera.

Erdogan mengatakan “I have said that we are not a party based on religion. No one can call us a religious party or a party based on religion” bahkan Erdogan pun bersumpah utk tidak mengusik lifestyle nya orang2 Turki yg dilihat kebaratan kerana minda yg dijajah Kamal Artatuk dahulu.

Skill berpolitik Erdogan dilihat oleh Jeneral Tentera National Security Council (NSC) Erdogan memang bukan Erbakan yg sebelum itu dilihat sebagai anti sekular dan akhirnya dijatuhkan.

Apabila mempunyai kuasa Erdogan menjalankan proses kepimpinan melalui tauladan. Beliau menunjukkan beliau adalah seorang yg bersih. Berjaya pulihkan ekonomi dan akhirnya menjadikan Turki sehebat zaman Uthamniah.

Sedikit demi sedikit dia mengembalikan Islam dlm pemerintahan Turki. Akhirnya apabila Tentera cuba membuat rampasan kuasa berjuta rakyat Turki turun ke jalan raya menghalang cubaan tersebut.

Begitulah juga bukan soal Najib. Bukan kita mahu lantik Najib menjadi PM. Kita mahu Anwar tunjukkan kepimpinan melalui tauladan. Kita mahu Anwar hapuskan korupsi, betulkan kerosakkan yg dilakukan pemimpin dahulu dan membawa ekonomi yg lebih cemerlang.

Jika Anwar berjaya lakukan... percayalah org Melayu UMNO pun akn sayang pada dia. Cina, Kadazan, Iban, Dayak pun akan suka.