Kita faham dilema
yang dihadapi oleh beberapa pimpinan Umno sekarang ini. semua tahu mereka tidak
berpuas hati dengan PM, Muhyiddin Yassin yang jelas telah membuli parti yang
memiliki jumlah Ahli Parlimen teramai di dalam kerajaan tebuk atap Perikatan
Nasional sekarang.
Namun, pemimpin Umno
terutamanya yang ada kes di mahkamah merasa bimbang sekiranya Umno membuat
keputusan yang tidak mengikut kemahuan Muhyiddin. Khabarnya telah ada ugutan
demi ugutan telah dibuat bagi memaksa Umno terus menyokong PM dan kerajaan
sekarang. Pemimpin Umno tahu bahawa di alangan menteri kanan kerajaan Perikatan
Nasional itu juga terdapat beberapa orang yang ada kes, contohnya kes semburit,
kes pembelian helikopter dan sebagainya, tetapi mereka semua selamat kerana
berada di bawah kerajaan pintu belakang. Bagaimana pula dengan nasib pemimpin
Umno sekiranya tidak mengikut kemahuan Muhyiddin?
Kita mahu
pemimpin-pemimpin Umno buat keputusan yang bijak demi kebaikan mereka.
Sekiranya mereka mahukan kes mereka diadili di mahkamah dengan adil tanpa
campurtangan dari sesiapa dan membolehkan mereka mempertahankan diri
masing-masing, maka memilih untuk menyokong Muhyiddin satu kesilapan besar.
Apakah kamu yakin Muhyiddin akan bertindak adil seperti yang kamu harapkan?
Mereka tiada pilihan
jika mahu melihat keadilan itu terlaksana melainkan memberikan sokongan kepada
Anwar Ibrahim sebagai PM bagi membolehkan reform institusi khususnya mahkamah
itu dilaksanakan. Ya, Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan membantu kamu untuk
melepasi undang-undang tetapi yang pasti Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri
urusan mahkamah setelah institusi kehakiman dan mahkamah yang ada sekarang ini
diperbetulkan. Kamu pasti akan diadili oleh mahkamah yang adil tanpa
campurtangan eksekutif lagi. Ini reformasi yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.
Terpulanglah kepada
semua Ahli Parlimen sekarang, samada mahukan sebuah kerajaan yang akan
dibersihkan dari amalan rasuah, kronisma dan salahguna kuasa atau mengekalkan
kerajaan tanpa mandat rakyat ini yang penuh dengan ketidakadilan serta bobrok
ini. Jika kamu masih yakin kerajaan sekarang ini mampu memberikan keadilan
kepada kamu,. itu hak dan pilihan kamu. Jangan nanti apabila kamu sudah
terjerat dan dizalimi, barulah kamu mahu bercakap soal keadilan. Mungkin sudah
terlewat ketika itu.
Masa dan peluang
masih ada. Memilih Anwar tidak merugikan Umno kerana Anwar tidak pernah
bercita-cita untuk memusnahkan jauh sekali mengharamkan Umno. Bagaimana dengan
Muhyiddin dan Bersatu? Anwar sanggup berdepan dengan Umno secara anak jantan di
gelanggang politik bukan seperti Muhyiddin yang sentiasa mencari tempat
berlindung termasuk Istana untuk memperkuatkan dirinya.. Apabila beliau merasa
sudah kuat, tunggulah nasib yang bakal menimpa Umno. Jika mahu selamat, Umno
harus bernaung di bawah kerajaan yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak
pendendam dan menghormati keluhuran undang-undang dan perlembagaan, iaitu Anwar
Ibrahim.
WAN FAUZULDIN WAN
SAMAD
Pengerusi GERAK98
Negeri Pahang