Muhyiddin Yasin bangga Haji Hadi Awang orang yang pertama
tandatangan SD untuk menyokong beliau menjadi PM.
2. Di sebalik kata Muhyddin Yasin itu memberi makna bahawa Haji
Hadi Awang adalah lidah biawak yang bercabang. Dulu dia juga yang dahulu
bercakap. Jika ada undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, PAS parti
pertama menentang usul undi tidak percaya itu. PAS akan sokong Tun Dr Mahathir
Mohamad.
3. Sepatutnya Muhyiddin Yasin tidak cakap perkara itu. Kerana
sebenarnya perbuatan Ahli Parlimen itu menandatangann SD menyalahi Perlembagaan
Persekutuan sebagai seorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen.
4. Mana perkara dalam Perlembagaan membolehkan Ahli Dewan Rakyat
menjadikan kedudukan Ahli Dewan Rakyat sebagai barang dagangan yang boleh
menanda tangan SD atau surat bersumpah untuk menyokong sesaorang sebagai
Perdana Menteri?.
5. Sistem demokrasi Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan telah
meletakan segala urusan perlantikan seorang Perdana Menteri adalah urusan dalam
Dewan Rakyat.
6. Itu sebab adanya peruntukan bahawa dengan kepercayaan Tuanku
Yang Di Pertuan Agung bahawa mana-mana parti atau gabungan yang memberi
sokongan dengan menamakan sesiapa menjadi Perdana Menteri, konvensyen akan
diterima oleh Tuanku Yang Di Pertuan Agung.
7. Menggunakan SD atau surat akuan bersumpah bagi perlantikan
seorang Perdana Menteri tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara dalam
sistem demokrasi sebaliknya kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi
membawa perlantikan jawatan Perdana Menteri dinamakan di Parlimen.
8. Apa yang melanggar Perlembagaan Persekutuan perbuatan Ahli
Dewan Rakyat itu?
9. Dengan sendirinya menafikan hak dan prosedur Perlantikan
Perdana Menteri dibawah bidang kuasa dan budi bicara Yang Di Pertuan Agung yang
diberikan kebebasan perlantikan seorang Perdana Menteri dengan tidak menafikan
majoriti yang parti yang menang dalam Dewan Rakyat.
10. Kini Malaysia sudah ada precedent atau dahuluan pernah
berlaku seorang Perdana Menteri dilantik melalui SD yang kebiasaannya melalui
surat bertanda tangan ahli Dewan Rakyat sahaja.
11. Bagaimana tahun tahun yang akan datang. Beberapa Ahli
Parlimen termasuk Ahli Parlimen Melayu menanda tangan surat SD untuk memberi
sokongan kepada bakal Perdana Menteri seorang bukan Melayu. Adakah Tuanku Yang
Di Pertuan Agung berkuasa menolaknya?, walau pun dalam Perlembagan ada kuasa
budibicara Tuanku Yang Di Pertuan Agung bagi menolaknya.
Ini akibatnya bila Muhyiddin Yasin mendengar nasihat MakCik
Gemok dan Setiausaha Politik Botaknya.
Sang Kelembai.
September 1, 2020
Kuala Lumpur.
8.30 pm