MAKAN DAN MENGKEDAQAH



Ini dinamakan makan…
Makan perlu untuk kita terus hidup, bukan untuk membuncitkan perut.
Makan secara biasa juga boleh dipanggil menjamu selera.
Apabila makan untuk hidup, wajah mereka biasanya nampak tenang saja sambil diiringi senyum sebagai tanda kesyukuran.
Ini pula dipanggil melantak…
Dalam keadaan tertentu ia juga dipanggil mentekedarah.
Orang yang melantak atau mentekedarah macam ini, wajah mereka selalunya akan ternampak lebih gembira kerana ingin menunjuk-nunjuk dengan makanan yang penuh di atas meja.
Senyum mereka akan sampai ke telinga, kerap diiringi dengan menunjukkan tanda bagus, apa lagi kalau makan free dengan guna duit GLC yang membayarnya.
Lebih girang di hati apabila makanan yang sama boleh pula dibungkus untuk dibawa pulang.
Agaknya inilah antara “new normal” yang menjadi kebanggaan PM kita. (Shahbudindotcom 06/08/2020)