Bersatu bakal berkubur, ikut jejak S46?
FB : Mohd Rashidi
1. Perang UMNO 1987 telah mewujudkan Team A (Mahathir, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Najib, Wan Mokhtar) vs Team B (Ku Li, Musa Hitam, Rais Yatim, Harun Idris) yang akhirnya terbentuk Semangat 46.
2. S46 menghadapi kesukaran untuk didaftarkan takdirnya berlakulah prk Teluk Pasu Terengganu pada 1989. Maka dibuat helah kononnya akan berlaku 3 penjuru antara UMNO, Pas dan calon pro Ku Li. Maka terus diluluskan pendaftaran S46 pada 3 Jun 1989 dan kata sepakat dicapai hanya Pas sahaja bertanding melawan UMNO. Calon Pas Ust Harun Taib memenangi prk Teluk Pasu dengan majoriti 121 undi.
3. Melihat momentum itu maka Ku Li berpakat dengan parti pembangkang yang lain bagi menghadapi PRU 1990 maka wujudlah Angkatan Perpaduan Ummah (S46, Pas, Berjasa, Hamim, Kimma) dan Gagasan Rakyat (S46, Dap, PRM, IPF, PBS).
4. Ternyata PRU ini hanya menguntungkan PAS, DAP dan PBS sahaja. PAS berjaya memenangi Kelantan buat kali kedua dan 7 calon heavyweight PAS terpilih ke Parlimen seperti Ust Abd Hadi, Muhd Sabu, Ust Bunyamin dan Ust Nik Abdullah Arsyad. Dap dengan Projek Tanjong 2 hanya kekurangan 3 kerusi Dun (14/33) sahaja untuk menjadi Ketua Menteri P. Pinang yang baru. Sewaktu ini Dap berjaya mengungguli 20 kerusi parlimen. Parti Bersatu Sabah PBS yang baru diwujudkan juga memenangi 14 kerusi parlimen serta menjadi Ketua Menteri disana.
5. Walaupun disokong kuat oleh Tunku dan Tun Hussein ternyata PRU 1990 tidak menguntungkan S46 oleh kerana sigah Kadazan yang dipakai Ku Li menjadi jajaan fitnah kepadanya. S46 hanya mampu menang 8 kerusi parlimen dengan 3 tokohnya sahaja yang menang iaitu Ku Li (Gua Musang), Ibrahim Ali (P.Mas) dan Hajah Ilani (K.Bharu). Manakala ramai tokohnya kecundang seperti Zainal Abidin Zin (Bagan Serai, Kalah 3002 undi), Rais Yatim (Jelebu, Kalah 395 undi), Shabery Cheek (Kemaman, Kalah 9446 undi) dan Harun Idris (Titiwangsa, Kalah 12071 undi).
6. PRU 1995 ibarat sejarah hitam buat S46 apabila mengalami kekalahan lebih teruk dari sebelumnya. Hanya memenangi 6 kerusi parlimen dengan kemerosotan undi. Mengambil kira kekalahan teruk tersebut maka rundingan diadakan bagi menerima ahli S46 ke dalam UMNO semula. S46 ternyata tidak sanggup selamanya menjadi pembangkang dengan peruntukan dana disekat dan dihentam kiri kanan oleh media massa.
7. Maka bubarlah S46 pada 8 Okt 1996 demi ‘perpaduan Melayu dan Islam’. Ternyata selepas itu bekas pemimpin S46 diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat dan menteri seperti Shabery Cheek, Zainal Abidin Zin dan Rais Yatim.
8. Walaupun PPBM bukanlah pembangkang hari ni, tetap wujud dilema dianggap adik yang bongsu di dalam PN. Berbekalkan 6 MP asal dan 25 MP yang lompat selepas PRU 2018, ternyata UMNO dan PAS kurang senang untuk menghormati.
9. Telah tular berita dan siri video perebutan kerusi antara 3 parti Melayu ini. UMNO mempunyai 37 MP di semenanjung, Pas (18) dan PPBM (23) di semenanjung. Kerusi parlimen di semenanjung hanyalah 166 dimana kerusi Melayu adalah 112 sahaja.
10. Sudah tentu kerusi marginal menjadi rebutan setiap parti disamping mengekalkan kerusi sedia ada. Pas dan UMNO tentunya menguatkan cengkaman di semenanjung terutamanya di malay belt.. PPBM sudah tidak ada pilihan melainkan mengikut jejak langkah S46. UMNO sudah mempelawa, apa kiranya tetamu masuk saja untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru ataupun pergaduhan ketika rundingan kerusi.