Akuan bersumpah pemimpin liwat, polis ambil keterangan Ramesh Rao


Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman jam 11 pagi hari ini untuk membantu siasatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao, berhubung 1 akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam kes liwat.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman jam 11 pagi hari ini untuk membantu siasatan.
Ramesh Rao
“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan ada beberapa lagi individu akan dipanggil untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, 1 SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak 4 kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013, tular menerusi media sosial.
Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini, mendakwa Ramesh mempengaruhinya supaya membuat tuduhan tersebut.