PN pun banyak bengkak bengik dalam parti
Kredit: Dr Tanaka Mustafa
1) Dalam UMNO ada geng yang boleh menggagalkan Muafakat Nasional. Dalam PAS pun ada spesis yang boleh gagalkan Muafakat Nasional. Itu belum ambil kira hal Perikatan Nasional dengan Bersatu, MCA, MIC,GPS etc.
2) Walaupun pimpinan atas dah buat keputusan, masih ada geng bawah tak mahu follow. Duk bawak kepala sendiri mengheret sentimen lama zaman bergaduh dulu-dulu. Benda ini lah yang akan jadi notch kepada serangan musuh.
3) Korang nampak Muafakat gagah sebab PH tengah bergaduh. Once PH kembali atas landasan mereka sebagai pembangkang dengan bermacam-macam formula dan strategi hawaq, Muafakat yang rapuh akan bermasalah.
4) Performance beberapa wakil rakyat PAS pun dah ramai rakyat pertikai. Saya ada dedahkan sikit dalam posting tidak lama dahulu. Beberapa YB PAS ditegur secara keras dalam meeting dalaman supaya serius dalam menunaikan Amanah, dan hindarkan diri daripada terjebak dalam penyelewengan yang tersembunyi.
5) Ada YB PAS yang ‘melantik’ beberapa orang sebagai ‘pembantu’, tanpa selidik siapa orang itu. Kelemahan dalam pengurusan akan menyebabkan YB PAS akan dimanipulasi oleh orang yang ‘dilantik’ tersebut. Walhal hasil maklumat risikan, ‘pembantu’ itu ada banyak masalah dalam bisnes.
6) ‘Nasihat-nasihat’ daripada mereka ini mengenepikan peranan UMNO dalam masyarakat, akan me jejas kan Muafakat Nasional kawasan tersebut dan pasti akan merebak. “Mentang-mentang depa jadi YB, depa letak puak depa saja… Muafakat jadah apa macam ni…”. Suara-suara tak puas hati sudah mula kedengaran.
7) YB PAS sepatutnya menjadi jambatan pengukuhan Muafakat Nasional di peringkat DUN. Kalau asyik dimanipulasi oleh bisnesman yang duk pulun pulih kan bisnes dia, PAS akan ulangi kesilapan yang UMNO buat 20-30 tahun lalu. YB PAS kena ada prinsip dan ketegasan, jangan lembik tengkuk kerana budi yang sedikit daripada bisnesman.
8 ) Dalam UMNO sudah ada suara-suara muda yang bangkit melawan War Lord mereka secara professional. Idea dan kekuatan mereka untuk mengubah UMNO menjadi lebih baik mendapat perhatian Tok Mat. Cuma masalah mereka adalah masih ada Warlord yang masih cuba mahu menguasai UMNO cara lama.
9) PAS? Walaupun pemimpin muda atasan adalah profesional dan teknokrat, tetapi di peringkat bawahan masih tak mampu nak follow. Masih duk bermain sentimen politik lama dan sukar move on. Yang masih duk main tarik tali dengan AMANAH pun masih ada. Bila nak boleh move on?
10) Bagi anda yang ada di bawah YB dan pemimpin yang perfom, mungkin anda tak nampak dan akan anggap saya merepek dan cuba mendatangkan persepsi buruk kepada PAS. Terpulang kepada anda. Jangan sampai ada YB anda yang kena serbu dengan SPRM baru nak ketahuan. Mungkin bukan sebab YB anda kurang iman, tetapi sebab tak reti selok belok pengurusan. Kalau UMNO buat makan masa 20, 30 tahun baru kantoi… Jika PAS buat saya yakin tak sampai setahun akan kantoi. Nasihat saya, buang segera ‘penasihat’ yang cari makan.