Perlu ke? Sampai nak failkan ke Mahkamah...


Teuku Syafirullah



Perlu ke? Sampai nak failkan ke Mahkamah...

Mohon sahabat Farhan Haziq dan bangsa Melayu dalam DAP lainnya nasihat Adun ini dan yang bersependapat sepertinya.

Inilah salah satu punca yang menjadi barah buat sekian lamanya walhal kita sedar bahawa DAP sendiri sedang menuju perubahan yang ketara.

Kalau MCA atau MIC buat macam ni pun tetap akan berlaku perkara yang sama.

Selagi kelompok seperti ini ada, selagi itulah rasisme akan berkembang.

Melayu ‘tolenransi’ semakin kurang, Melayu ‘rasis’ yang bertambah.. ini punca-punca.

Please do something about it dan bersuara lah Melayu DAP. Kami tahu anda orang-orang yang berpendidikan lagi merdeka.

Andainya isu ini boleh dipertikaikan di Mahkamah pun hantar Adun DAP Melayu yang ada di Pahang tu. Jelaskan dengan penerangan yang jelas pada rakyat sebab apa tak boleh tulisan jawi. Apakah Kerajaan negeri di Pahang tak boleh bincang baik-baik mengenai kepentingan rakyat? Atau adakah Dong Zong memang sudah kuat dengan adanya wakil-wakil mereka dalam politik baik dari DAP, MCA, Gerakan dan lain-lain? Rakyat perlukan penjelasan yang tuntas.

Rakyat naik jelik dengan sajian isu-isu yang menimbulkan persepsi dan menjerumuskan negara dalam kancah ‘rasisme’. Kita pun ramai kawan-kawan bukan Melayu yang baik di Malaysia ini, yang menghormati dan faham perlembangaan negara.