Meskipun wujudnya usul bagi “mengosongkan jawatan” Timbalan Speaker lantikan Pakatan Harapan (PH) yang dibawa oleh YAB PM Gomen Tebuk Atap (kerajaan Perikatan Nasional), ianya telah ditarik balik apabila mantan Timbalan Speaker tersebut memilih untuk meletak jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.
YB Tanjung Malim ( PH ) membangkitkan isu yang amat relevan, bagi saya, tentang perlunya Speaker yang baru ( # not my speaker ) tentang kewajaran Dewan Rakyat memberi notis kepada PH bagi mengemukakan notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh 14 hari bermula hari ini selepas kekosongan jawatan Timbalan Speaker itu hari ini (sama macam isu Speaker). Ini bagi membolehkan PH kemuka cadangan nama calon Timbalan Speaker dari PH.
Tuan Speaker baharu yang ketika itu mempengerusikan sidang Dewan menyatakan berdasarkan peraturan 3 Peraturan Mesyuarat (Standing Orders) tiada keperluan untuk Dewan Rakyat memberi notis kepada PH untuk kemukakan nama calon dari PH.
Dengan hormat, keputusan beliau itu, bagi saya, jelas silap. With due respect, his literal intepretation of Order 3 was left much to be desired. Ia satu tafsiran yang, maaf kata, mengenepikan sama sekali aspek keadilan.
Sesiapa sahaja yang baca peraturan 3 Peraturan Mesyuarat dengan mudah akan tahu bahawa, in pith and substance, orang undang-undang kata, ia berkisar isu kekosongan jawatan .
Ya, benar dalam Aturan tersebut tidak menyatakan secara spesifik keperluan untuk hantar notis kepada para MP ( dalam konteks kes ini kepada PH ) untuk cadang nama Timbalan Speaker atau Speaker.
Maaf kata tafsiran ini, orang kata, “is too far-fetched atau bizzare”. Ia mengabaikan sama sekali kata kunci peraturan 3 itu – kekosongan.
Hari ini sahaja baru isu kekosongan yang dinyatakan dalam peraturan 3 berkuatkuasa. Maka tarikh 14 hari sebelum tarikh mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya untuk PH perlu hantar notis . Inilah kehendak Aturan 4 (1).
Sewajarnya sidang Dewan Rakyat patut ditangguhkan tanpa memutuskan YB Pengerang sebagai Timbalan Speaker secara arbitrari.
Hatta jika nak ditafsir secara literal sekalipun, hakikatnya usul PM untuk lantik Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi Gomen Tebuk Atap adalah pra matang, sebab?
Kerana 14 hari yang dinyatakan dalam peraturan 4 (1) seharusnya hanya boleh dikira bermula hari ini – selepas isu kekosongan jawatan Speaker dan Timbalan Speaker diputuskan secara muktamad hari ini.
Kerana 14 hari yang dinyatakan dalam peraturan 4 (1) seharusnya hanya boleh dikira bermula hari ini – selepas isu kekosongan jawatan Speaker dan Timbalan Speaker diputuskan secara muktamad hari ini.
Kesimpulannya, notis 14 hari Gomen Tebuk Atap adalah tidak sah kerana ianya adalah pra matang.
Tindakan PH tidak memberi notis 14 hari adalah betul dan mengikut prosedur sebab tarikh itu belum bermula sebelum ini.
Dalam undang-undang, ada masa tidak boleh terlalu lewat dan ada masa tidak boleh terlalu awal.
Misalnya, you cannot file a case on defamation if the cause of action has exceeded 6 years. Ini kes too late.
You cannot also file an election petition before the result of the election is formally gazetted. Ini kes too early.
Kesannya, kedua-dua pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker adalah cacat (seriously flawed).