Jual aset: Patut TH jawab, bukan menteri Pas
Ipohmali
Dalam parlimen.. Bila kita nak jawab sesuatu isu dan soalan yang dibangkitkan, ia mesti datang dari jawapan rasmi pengurusan, Dalam hal penjualan Syarikat Perladangan..Ia mesti datang dari jawapan rasmi Pengurusan Tabung Haji atau TH Plantation.. Sebab depa bertanggung jawab kepada Menteri Agama..
Masa zaman Dr Mujahid..semua jawapan datang dari kenyataan dan dapatan pengurusan.. Malah semua Ahli Parlimen suatu ketika dibekalkan diatas meja depa report dan dapatan Audit PWC (PricewaterhouseCoopers).. Kat situ ada alasan dan sebab tindakan mereka..
Bukannya Timbalan Menteri dari PAS.. tindakan dia cukup tak bertanggungjawab..ambil fakta dari Blog Najib.. atau disusun oleh blogger PAS dan UMNO.. bayangkan fakta banyak salah.. dan tak tepat.. mana boleh melibatkan urus tadbir Korperat bagi jawapan mcm tu..
Ada pulak jawab samada syarikat yg dijual itu bumiputera atau tidak..atau nama nama ahli lembaga pengarah syarikat Tamaco Plantation tu…. Itu bukan persoalan urus tadbir, Orang nak tahu tindakan dan alasan jualan itu sebab apa, Orang nak tahu nisbah keuntungan dan Liabiliti.. alasan dan hujjah penjualan.. itu baru betul..
Samalah jawapan PM baru baru ini semua jumlah Keuntungan ,Aset itu laporan dan jawapan dari pengurusan Tabung Haji.. Itu baru jawapan bertanggungjawab..bukan jawapan itu datang dari anggapan dan apa yg Timbalan menteri Percaya.. ini bukan status facebook.. ini bukan jawapan lisan dari perbahasan tetapi jawapan rasmi…
Tapi kalau Menteri Agama hari ini dengan sengaja melepaskan tanggungjawab dan sengaja membiarkan jawapan Politik macam ni dibuat Timbalan dia..Bagi aku Menteri Agama ini cukup tidak beramanah..sepatutnya jawapan penting seperti ini dijawap menteri Agama..