Permohonan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diberikan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan
perundingan beliau dengan pelbagai pihak telah menjadi sebab kenapa Anwar terus menjadi calon Perdana
Menteri Pakatan Harapan.
perundingan beliau dengan pelbagai pihak telah menjadi sebab kenapa Anwar terus menjadi calon Perdana
Menteri Pakatan Harapan.
Menurut sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, Anwar berunding dengan pelbagai pihak bagi membolehkan mandat rakyat dikembalikan.
“DSAI berkata, dia masih berunding dan meminta sedikit masa lagi.
“Datuk Seri Shafie juga masih menjadi nama yang berpotensi. Jadi kita tidak menggugurkan nama beliau juga,” kata sumber itu kepada Malaysia Dateline.
Jadi, katanya, Anwar dan Shafie harus terus membuat koordinasi antara satu sama lain dan menyelesaikan apa sahaja isu yang berbangkit.
“Jika Shafie ada jumlah yang mencukupi, syarat-syarat perlu dirundingkan dan juga berunding dengan Anwar.
Begitulah juga jika sebaliknya Anwar mempunyai jumlah MP yang mencukupi,” kata sumber itu.
Begitulah juga jika sebaliknya Anwar mempunyai jumlah MP yang mencukupi,” kata sumber itu.
Majlis Presiden PH dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Anwar menjadi calon PM pilihan gabungan itu.
Menurut sumber kepada Malaysia Dateline, nama Anwar tidak pernah terkeluar dari senarai calon perdana menteri bagi PH namun pilihan- pilihan lain tetap terbuka.