Nampaknya sepanjang Ramadhan tahun ini.. Lengkaplah sudah, semua rakyat Malaysia tidak solat Jumaat sepanjang bulan Ramadhan tahun ini...tidak Solat jumaat dan Berjamaah di Masjid lebih dari 2 Bulan...pertama kali berlaku dalam sejarah Negara kita..
Besar hikmahnya dengan tertubuhnya Kerajaan tebuk atap ini..Nasiblah Kerajaan hari ini bukan PH, Bukan diangotai DAP.. Kalau tak menjelang raya ni, tak tahu bertapa teruk sentimen kaum dan Agama dimainkan di media sosial, group2 Whatapp.. dah pasti Menteri Agama dituduh sebagai boneka DAP.. Menteri Agama akan dipersalahkan..
Apa depa akan kata, Kes Covid-19 dah dibawah 20, Pun masih tak boleh Solat Jumaat.. ini semua kerja DAP melemahkan Ummat Islam, menjauhkan mereka dari masjid dan rumah Allah.... Menteri Agama takut pada DAP.. ada Mufti dibelah Utara dan Pakar hadis akan mengulang ulang slogan rahmatan lil Kafirin..
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, Allah zahirkan..hatta Menteri Agama itu datang dari kalangan Mufti pun, Solat Jumaat tetap tidak dibenarkan..hatta kita dilarang jika bersendirian berjamaah di Masjid pun.. Ketika Kedai makan dibuka untuk makan.. Pasaraya Dibuka, Kilang arak diberi permit, Masjid masih belum dibuka..
Allah nak tunjukkan kepada kita, Hatta Kerajaan dominasi Melayu Islam, Barisan kabinetnya kononnya dikalangan Ulama'.. Menteri Agamanya datang dari kalangan Mufti pun..bukan saja mereka tidak mampu melaksanakan Hudud.. hatta tidak tidak mampu mengharamkan Arak, Judi dan Hiburan... hatta mengharamkan kelompok LGBT.. :)
Ipohmalip