Pemandu mabuk: Mana hero Melayu lawan PH sebelum ini?
Kejadian pemandu mabuk menyebabkan kematian ketika era pemerintahan PH dipanaskan ke tahap boleh menyebabkan rusuhan kaum oleh tentera siber dan pemimpin Pas – Umno. Malangnya, hari ini apabila mereka menjadi kerajaan pemandu mabuk masih merupakan isu yang belum selesai dan para hero ultra Melayu tersebut mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan.
Bagi Pegawai Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Pas – Umno bertentangan ketika mereka menjadi pembangkang berbanding kerajaan.
“Dalam dua, tiga hari yang lepas, ada dua kes pemandu mabuk. Satu rempuh bazar, satu lagi semalam yang malangnya melibatkan kematian.
“Saya ingat lagi, masa zaman Pakatan Harapan (PH) isu pemandu mabuk ini isu besar. Tetapi bila zaman PN, nampaknya tidak begitu prioriti buat PN,” katanya.
Setiausaha politik wakil rakyat Iskandar Puteri mengulas kemalangan maut di Kuantan malam tadi yang dipercayai membabitkan pemandu mabuk.
Kejadian malang 9.38 malam berlaku apabila suspek dari arah Semambu memasuki jalan arah bertentangan.
Syahredzan berkata pemimpin PN kini dilihat lebih cenderung membahagikan pimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berbanding isu pemandu mabuk.
“Bayangkan kalau ini zaman PH. Pemandu mabuk menyebabkan kematian semasa Hari Raya.
“Bayangkan betapa banyak mesej WhatsApp yang berlegar mainkan isu perkauman.
“Bayangkan berapa kenyataan media keluar daripada pemimpin PAS dan Umno hentam PH. Tapi iyalah, ini zaman PN,” coretnya lagi.