1. Genap seminggu lagi Parlimen akan bersidang. Dari sehari tempoh bersidang, Speaker dah setuju panjangkan jadi 8 hari. Pertama kali, Kerajaan PN akan masuk dewan sebagai Kerajaan. Kita percaya banyak benda akan dibahaskan.
2. Yang paling menarik sepanjang minggu ni ialah stunt politik yang dibuat. Di sebelah PH, stunt undi tidak percaya ke atas PM di peringkat Persekutuan. Di sebelah PN pula, cubaan peralihan kuasa dari PH ke PN di peringkat negeri Kedah.
3. Para penyokong parti dah start berperang. Satu pihak dah start kan kompang: undi ni sama macam derhaka pada Agong. Apa punya spin, saya tak paham. Tapi yang di Kedah, kalaulah tukar Kerajaan PH ke PN, nescaya dalilnya pula, ia bukan derhaka pada Sultan
4. Makanya, ramai la yang buat laporan polis dan kata Agong terancam. Pertama kali dalam sejarah usul ke Parlimen diadukan ke polis. Mungkin ada yang tak paham dan buat tak nampak peruntukan 45 Perlembagaan. Undi tidak percaya termaktub di dalamnya. Ya, kita sayang Agong kita. Tapi Perlembagaan masih mengatasi Baginda. Kita masih pakai sistem Raja Perlembagaan bukan?
5. Rakyat yang di bawah melopong, pening melayan kerenah politikus. Tengah covid masih ada, ekonomi negara merudum jatuh, perlukah stunt2 begini berlaku?
6. Secara peribadi, saya rasakan Kerajaan PN perlukan legitimasi. Maknanya kalau nak berkuasa, perlu ada sokongan majoriti. Kalau tak macam mana nak luluskan usul Kerajaan dan seterusnya mentadbir negara. Maka kalau ada undi percaya, secara tidak langsung memudahkan PM. Takde dah boleh dibisingkan Kerajaan ini Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Dia boleh terus mentadbir tanpa risau.
7. Cuma persoalannya, adakah kena pada masanya? Pada ketika negara perlukan Kerajaan yang stabil untuk mentadbir negara, kita dikejutkan dengan stunt politik. Kalaulah kiranya Kerajaan ini tumbang, berapa lama lagi kita akan berdepan krisis Perlembagaan. Berapa lama pulak nak lantik Kerajaan? Adakah baik untuk negara ketika kita dilanda krisis.
8. Ini bukan bermakna saya sokong Kerajaan sekarang. Ada banyak isu dah mula naik. Lantikan politik secara besar-besaran di GLC, isu BPN yang masih semak, kes2 rasuah dan projek dah mula kita dengar. Dah macam balik pre-PRU14. Ada sesetengah rakyat dah balik menyampah.
9. Cuma bukan masanya sekarang nak buat stunt tukar Kerajaan. Pada saya PH perlu teruskan dulu peranan sebagai pembangkang. Ianya efektif pada masa kini. Banyak yang Kerajaan PN ni u-turn keputusan hasil tekanan. Yang dapat untungnya Rakyat bukan?
10. Jadi kena tanya, undi tak percaya atau bubar Parlimen ni untungnya siapa? Politikus atau Rakyat? Rakyat sekarang saya perasan dah mula muak dengan ahli politik. Mereka mahu covid cepat habis dan ada makanan atas meja. Itu yang lagi penting.
11. Makanya, saya cadangkan bawa isu legitimasi Kerajaan hari lain. 8 hari ni bincang dan debatlah usul yang dekat dengan Rakyat. Isu bantuan, isu nak tingkatkan ekonomi, isu macam mana nak buat SOP Covid yang betul untuk elak rakyat mati.
12. Isu kuasa dan legitimasi kita bincang lain hari. Kerajaan ini tak boleh lari. Lama2 dia akan kena juga face the music. Sementara itu, kita kuatkan check and balance. Bersuara dan tekan bila perlu. Percayalah, itu yang majoriti Rakyat mahu.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki