May 29, 2020
1) Selepas persidangan 18hb Mei, diberitakan Muhyiddin Yaasin seperti telah give-up terhadap survival Perikatan Nasional. Ini kerana kalau usul undi tidak percaya yg ditaja Dr. Mahathir itu dibenarkan, maka ramai dalam Perikatan Nasional tidak menyokong Muhyiddin Yaasin terutamanya dari parti-parti Sabah dan Sarawak. Muhyiddin telah mendapat pengesahan 2 hari sebelum persidangan bahawa beliau tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi sama sekali;
a. Mereka mungkin tidak akan mengundi usul Dr Mahathir tapi ramai akan keluar Dewan dan tidak mengundi. Malang buat Muhyiddin, untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan beliau memerlukan 112 undi yg jelas menyokong beliau dalam Dewan.
b. Walau pun Muhyiddin boleh menang usul itu, tapi undi beliau tidak mencapai bilangan 112 undi, maka Muhyiddin tetap dikira kalah.
c. Muhyiddin terpaksa melakukan rasuah jawatan GLC besar-besaran kerana itu sahajalah jalan yang wujud untuk Muhyiddin sekarang ini untuk mengekalkan kekuasan beliau yang semakin rapuh
2) UMNO SEMAKIN DOMINAN DALAM KERAJAAN
Majlis Keselamatan Negara sudah pun berada dalam genggaman kekuasaan UMNO sekarang ini. Muhyiddin boleh dikatakan hanya boneka sahaja sentiasa menyembah UMNO untuk membuat apa-apa keputusan.
a. Ini adalah kerana hayat BERSATU berada dalam tangan UMNO. Bila2 sahaja UMNO menarik sokongan kepada PN, maka kerajaan BERSATU akan runtuh dan BERSATU akan menjadi parti kera sumbang kerana terpaksa bertanding sebatang kara.
b. UMNO telah pun membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak bersama PN secara rasmi dan sokongan mereka hanyalah bersifat peribadi ahli-ahli Parlimen mereka. Ini bermakna sekiranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mengundi tidak menyokong Muhyiddin, mereka tidak boleh dipecat atau diambil tindakan disiplin.
c. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin semakin hari semakin rungsing untuk mengadakan Persidangan Parlimen. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin terpaksa membatalkan sidang penuh pada 18hb Mei yang lepas.
3) AHLI2 PARLIMEN BERSATU SEMAKIN RISAU
Penguasaan UMNO yang semakin dominan semakin dikhuatiri oleh ahli-ahli parlimen BERSATU. Pada hari ini, ahli-ahli Parlimen BERSATU sudah hilang suara kerana Presiden mereka sendiri sudah menjadi boneka.
a. Yang lebih risau adalah ahli2 Parlimen BERSATU lompat. Mengikut UMNO, mereka-mereka ini sudah dibuang dari UMNO. Dan tempat mereka tidak akan diberi kepada mereka lagi. Apabila dibubarkan Parlimen, orang-orang seperti Hamzah Zainuddin dan Mas Erdayianti akan menjadi orang biasa dan karier politik mereka tamat. Kecuali kalau mereka boleh menang sebagai calon Bebas.
b. Kumpulan ini semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin dan nampak gayanya mereka semakin cenderung kepada Dr. Mahathir. Beberapa pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Dr. Mahathir.
c. BERSATU secara umumnya sekarang ini seperti telur di hujung tanduk. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
4) KESIHATAN MUHYIDDIN YANG SEMAKIN BURUK
Diberitakan Perdana Menteri dalam kuarantine selama 14 hari. Namun, di zaman telekomunikasi sekarang ini, itu bukan alasan untuk Perdana Menteri hilang sama sekali dari persada negara. PM boleh sahaja mempengerusi mesyuarat melalui applikasi Zoom dsbnya.
a. Ada khabar lain yang mengatakan Muhyiddin sedang menjalani rawatan di Singapura kerana kanser beliau. Itu lebih masuk akal memandangkan mereka yang menjalani rawatan kanser memerlukan ketenangan dan terpisah dari masalah dan beban pemikiran semasa.
b. Azmin yang menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi kabinet dibenci oleh UMNO dan GPS serta semua parti dalam PN kecuali PAS. Nampaknya, Haji Hadi Awang sudah boleh menerima amalan LGBT dan seks sejenis.
c. Azmin juga bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri tapi itu sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja memandangkan tiada parti yang menyokong beliau.
KESIMPULAN
Ada 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah. Dalam keadaan sekarang, rasanya harapan Muhyiddin untuk kekal sebagai PM semakin hari semakin tipis.
Rampasan kuasa Kedah pun adalah langkah desperado Muhyiddin / Azmin bagi melindungi fakta yang mereka semakin hilang pengaruh dan kawalan.
TULANG BESI