1. Perdana Menteri umum malam tadi PKP disambung 2 minggu lagi selepas 28 April ini.
2. Kita terima keputusan kerajaan ini tetapi jangan jadikan ianya satu kelaziman dan rutin. Ianya keputusan mudah bagi PM, orang2 besar, orang2 kaya. Tapi ia bukan satu keputusan mudah bagi rakyat biasa, orang susah, orang miskin.
3. Orang2 besar di Malaysia memang tidak rasa susah PKP, langgar larangan pun tidak didenda apalagi di gari dan dipenjara. Makanya PKP menjadi kelaziman yang tidak menyusahkan orang2 besar.
4. PM ini bernasib baik kerana mempunyai jentera kerajaan yang baik. Jabatan Kesihatan sekarang diiktiraf antara terbaik. Ketua Jabatan dan pegawai, kakitangannya hebat. (Bukan Menteri dan Timb Menteri yang dilantik PM)
5. PM ini juga bernasib baik kerana Pasukan keselamatan, Polis, Tentera juga berkeupayaan mengawal situasi negara.(Melainkan campurtangan Menteri sebabkan orang2 besar yg menjadi kawan2 Menteri tidak ditahan)
6. Dan PM ini lebih bernasib baik kerana faktor rakyat Malaysia rata2 bersikap patuh dan menghormati arahan demi kesihatan dan keselamatan.
7. Faktor2 ini lah yang memudahkan kerajaan hari ini. Tetapi jangan ambil mudah. Hakikatnya, PM dan Menteri2nya tidak menyakinkan dan tidak membuktikan apa2 selain aksi2 lucu dan bodoh yg menjadi bahan jenaka rakyat dan seluruh dunia.(Kisah menteri Doraemon, Air Suam disiarkan oleh hampir semua stesyen utama TV dunia)
8. PM dan menterinya mesti lebih serius dan bertanggungjawab. Mereka mesti pamerkan kecemerlangan seperti jentera kerajaan dan pengorbanan seperti rakyat jelata. Bukan makan gaji buta!
9. Kamu suruh rakyat terus berkurung dan berkorban, jentera dan kakitangan kerajaan barisan hadapan terus berhempas pulas tetapi kamu pemimpin2 politik yang berkuasa buat apa?Sekadar buat PC setiap hari dan tiap 2 minggu mengenai PKP dan perintah lanjut PKP?
10. Janganlah hanya tegas dan pantas dalam soal kurung rakyat, susahkan rakyat. Persoalannya mengapa tidak tegas dan pantas dalam soal senangkan rakyat? Soal periuk nasi rakyat. Ekonomi rakyat? Mengapa lembap, lambat, sambil lewa, tidak mengesankan?
11. Rakyat terima keputusan yang menyukarkan mereka. Mengapa kerajaan tidak bersungguh2 membuat keputusan menyenangkan mereka? Memang ada rencana ekonomi tetapi tidak padu, padat, cepat dan berani. Lembap!
12. Kita akui rekod PM ini yang lembap dan menteri2nya juga khususnya yang menjaga hal ehwal ekonomi. Mereka hanya cekap dan pantas dalam hal ekonomi babitkan kepentingan syarikat2 dan kroni besar. Itu rekod mereka.
13. Kita juga sedar kerajaan ini asasnya bukan sebuah kerajaan bertanggungjawab. Bodohlah kita kalau kita mengharapkan sikap tanggungjawab daripada PM dan menteri2 yang khianat, menipu perjanjian yang ditandatangani sendiri!
14. Tetapi ini saat krisis, kesusahan rakyat amat parah. Mereka mesti berubah atau mesti diubah segera. Ahli2 parlimen mesti bersidang segera dan membuat keputusan segera.(18 Mei terlalu lama dan sehari?). Majlis Raja2 juga bertanggungjawab. Mereka juga mesti memainkan peranan memperbetulkan keadaan sekiranya kerajaan hari ini terus lembap selesaikan masalah rakyat yang semakin susah dan parah!
Selamat berpuasa Ramadhan Mubarak.
Mohamad Ezam Mohd Nor
24 April 2020/ 1 Ramadhan 1441H.