Adun Penanti dilantik sebagai Exco baharu Kerajaan Pulau Pinang Oleh MOHD ALI HASHIMMarch 10, 2020 3:44 pm




Adun Penanti dilantik sebagai Exco baharu Kerajaan Pulau Pinang
Teka-teki mengenai siapa yang akan menduduki kerusi Exco baharu kerajaan negeri Pulau Pinang menggantikan Dr Afif Bahardin yang telah melepaskan jawatannya pada 4 Mac yang lalu terjawab apabila Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa PKR telah
mencalonkan Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin bagi mengisi kekosongan tersebut.
Dr. Norlela merupakan salah seorang Adun senior PKR yang juga berani dan lantang bersuara mengenai pelbagai isu membabitkan rakyat maupun kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Desas-desus dan teka-teki mengenai kerusi tersebut telah berlarutan sejak seminggu yang lalu termasuk AMANAH yang mengharapkan agar kerusi tersebut dapat diberikan kepada salah seorang daripada dua Adunnya.
Manakala dua Adun Bersatu pula menyerahkan keputusan kepada parti mereka mengenai kedudukan kerusi tersebut.
Menurut Chow upacara mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan yang baru akan diadakan pada 12 Mac.