1. Sedang bertiup kencang ketika ini kononnya sekumpulan anggota parlimen (MP) didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Tun Mahathir supaya kekal sebagai perdana menteri hingga akhir penggal.
2. Semalam juga menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama bertemu Tun Mahathir membincangkan soal Peralihan Kuasa. Kedua-dua pihak bersetuju peralihan kuasa akan dimuktamad dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari ini.
3. Tun Mahathir turut menafikan sebarang penglibatan dalam spekulasi akuan bersumpah tersebut, malah mengulangi pendiriannya berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan selepas Sidang APEC (MStar Online 14 Februari).
4. Dalam satu kenyataan berasingan, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terbabit dengan mana-mana SD. Jika Zuraida yang diketahui umum sebagai orang nombor dua selepas Azmin telah mengaku tidak terlibat, maka apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
5. Dilaporkan terdapat sebuah SD yang mempunyai sokongan (tandatangan) seramai 138 ahli parlimen. Antara pecahannya, angka 26 MP adalah dari parti KeADILan. Namun apabila melihat realiti sebenar sokongan yang kuat kepada Presiden, angka 26 MP itu boleh disifatkan sebagai inzal pra-matang.
6. Jumlah MP yang kononnya mencecah angka 138 ini adalah satu permainan saraf untuk menarik sokongan lebih ramai ahli parlimen bagi mencukupkan bilangan yang tidak cukup-cukup sejak kegagalan agenda Pakatan Nasional.
7. Jika benar ada SD yang ditandatangani 138 MP, sudah pasti SD tersebut bocor kerana ketika ini majoriti MP cenderung untuk bersama Perdana Menteri ke-8 yang sudah dijanjikan, kecuali pembangkang tegar dan juga segelintir MP PKR yang hilang pedoman.
8. Adalah menjadi perkara norma apabila bilangan ahli itu tidak cukup korum maka dimomokkan ahli yang lain supaya muncul untuk turut serta menurunkan tandatangan, atau mereka akan ketinggalan kapal.
9. Maka propaganda dan perang saraf terus dirancang dan dinyalakan sehingga misi petualang untuk menafikan perjanjian demi merebut kuasa itu akhirnya berjaya. Mungkin mereka terlupa, tuhan juga merancang.
10. Apa yang pasti sekarang ini, Pas, Umno dan Kartel PKR sudah pasti mahukan Tun Mahathir kekal hingga habis penggal supaya tiada anjakkan reformasi yang berlaku sepanjang penggal ke-14 ini. Anwar Ibrahim perlu dihalang, by hook or by crook. Oleh demikan dapat dilihat bermacam helah muncul dari pelbagai arah.
11. Majlis Pakatan Harapan digesa untuk mengumumkan tarikh muktamad peralihan kuasa. Samada Mei atau November, satu tarikh adalah memadai untuk kita semua bergerak bersama menuju ke detik gemilang itu.
12. Definitif tarikh akan menjadikan Malaysia jauh lebih stabil khususnya dalam soal politik, ekonomi dan sosial. Pelabur akan lebih bersedia untuk menjangkakan pelaburan mereka ke negara ini, ekonomi juga akan mula bergerak selaras dengan kestabilan politik.
13. Adalah menjadi pedoman penting kepada semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa yang telah muktamad akan menjanjikan transisi kuasa yang aman dan teratur. Tiada janji sebaliknya.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger