Maszlee Malik: Malaysia Baru yg masih lama?
Mohd Fadzil Saleh
24 jam yg lepas, suhu politik tanahair kembali memanas. Sememangnya sejak kerajaan baru PH mengambil alih kerajaan Malaysia dari BN pada PRU14 lepas, gelojak politik sentiasa memuncak.
Ketidak serasian antara barisan kepimpinan PH, kekurangan pengalaman dan penguasaan media masa & media sosial yg lebih memihak kepada pembangkang makin menjadikan iklim politik malaysi sentiasa memanas. Saban hari dan minggu ada sahaja isu yg dibuat dan disensasikan yang menjadikan sebahagian rakyat mula menjadi muak, cuak dan bosan kepada semua ini.
Kini, tanpa campurtangan pembangkang dan tekanan luar, menteri yang agak muda dan cerdik, yang juga mula menunjukkan perestasi yang semakin baik bagi pencinta perubahan dan penambahbaikan kepada sistem lama, secara tiba-tiba meletakkan jawatan. Walaupun, ranking beliau sebagai menteri yang tidak disukai sangat tinggi, namun umumnya melihat seperti ada sesuatu yang sedang berlaku disebalik perletakan jawatan Maszlee Malik.
Nama anak muda yang sebelumnya terkenal sebagai moderator bebas dan pensyarah UIA yg sangat perihatin kepada isu2 kemanusiaan dan OKU, melonjak bila mendapat kepercayaan TM mengisi kabinet dengan jawatan yg paling didambakn oleh pemain politik, hatta TM sendiri. Dengan idealisma sbg pendidik, islamis dan reformis beliau melangkah yakin untuk melakukan perubahan. Dengan anggapan, TM, partinya Bersatu dan kawan2 PH akn bersamanya. Namun, politik adalah politik. Dengki, irihati dan pelbagai bacaan songsang dari kawan dan lawan nercurahan membadai saat demi saat kelibat MM di KPM. Kawan2 politik akan hany mengatakan “itu silap dia sendiri”, “kit kena pandai bawa diri” dan sebagainya. Itulah lumrah politik dan bukannya lumrah perjuangan bermaruah yg ingin melakukan perubahan@reform. Tapi, jawatan merupakan matlamat setiap pemain politik, walaupun terpaksa menggadai perinsip dan kekadang memakan kawan2 sendiri.
Bermula dari kawan2 lama yg pernah sekelompok usrah dengannya, pemimpin dalam parti2 yg kalah dalam PRU yg kecewa serta teman2 satu parti dan segabungan yang merasa mereka lebih layak dikerusi MM atau yang merasakan MM terlalu mentah dalam politik mereka.
Sebenarnya ramai lagi yang pada pandangan awam perlu meletakkan jawatan ketika ini. Merit sesuatu jawatan menteri sekarang bukan kerana prestasi sahaja, tapi lebih kepada sensasi dan emosi. Ada yang tak buat banyak kerja dan kurang manafaat kepada negara dan bangsa, apa lagi untuk slogan Malaysia Baru yang dijanjikan lebih baik dari sebelumnya. Namun kerana namanya tidak besar, tiada seteru nyata didalam dan bintangnya dimata barisan pembangkang agak lemah, maka beliau terselamat dari serangan pembangkang yang agak memilih dalam serangan mereka. Maka mereka terselamat dari kecaman dan ancaman.
Ramai menteri2 dan polisi2 kerajaan yg baik yg tidak mendapat liputan sebaiknya oleh media massa kerajaan sendiri, apatah lgi media sosial yang sering dimunipulasi oleh musuh2 politik kerajaan. Isu kasut hitam dan lain2 isu MM tidak dadili kebaikannya, bahkan disebarkn sudut negatifnya tanpa pembelaan wajar. Namun, itulah politik yang persaingannya bukan benar dan salah. Tapi, apa yang vepat sampai dan meyakinkan ceritanya.
Siapa sahaja naik kejawatan, banyak sudut yg boleh dikritik. Namun kerana ada sebab2 besar, maka seseorang menjadi bahan kritikan. Kalau tidak begitu ternama, kuranglah kritikannya. Beberapa menteri kerap menjadi bahan sensasi ini termasuk MM
Siapa MM dan kenapa beliau ditakuti?
1. Graduan agama dan pensyarah yang agak vokal dizaman pengajian dan semasa didalam jawatan beliau. Imej agama beliau yg sederhana, cuba dirosakkan oleh segelintir para agamawan juga dengan menuduh beliau pro liberal dan penyokong LGBT. Dipihak yg lain pula seperti Siti Kasim, sebahagian bangsa cina dan india dan Sisters ini Islam, sangat takut kalau2 MM mengislamisasikan pendidikan negara. Beliau berada dikemuncak kemarahan dua2 pihak yg bertentangan.
2. Tokoh baru yang mendapat laluan selesa terus menang dan menjadi menteri kanan, dicemburui oleh kwan dan lawan. Dalam politik, selepas berperang dengan parti lawan, mereka akan berperang sesama sendiri. Orang lama, berpengalaman dan sebagainy menjadi ukuran kelayakan jawatan sedangkan jawatan menteri dan pentdbiran dijayakan oleh ilmu, skill, kemampuan pentadbiran dan pengurusan. Menerajui parti todak sama dengan menerajui kementerian dan jabatan. Ramai yg ingin melihat MM jatuh dan merasakn diri mereka lebih layak. Kenapa menteri yng menjadikan pelajar SM Vokeysional sebagai tikus putih dengan menjadiakn mereka graduan diploma tanpa SPM tidak dijadikan sasaran?
3. MM orang baru yg tiada baggage balas jasa untuk menghadiahkan projek kepada sesiapa. Dengan peruntukan hanpir 63 billion sudah tentu ramai yang berminat mengerumuni beliau dan laluan partilah yg biasanya dijadikan ekses kpd projek. Disini juga akan ramai tidak berpus hati dan menusuk jarum untuk menyingkirkan beliau. Apatah lagi melalui orang diatas beliau.
4. Melantik teman2 dan orang kepercayaan merupakan tradisi setiap pemimpin. Namun, apa yg peru dijauhi ialah memilih mereka yng tidak layak dan menolak mereka ybg sepatutnya berada disitu. Ramai sekali senarai lantikan MM adalah mereka yang layak dan bahkan sudah lama dinafikan kenaikan pangkat mereka didalam kerajaan sebelumnya. Sekali lgi MM menjadi ancaman kawan dan lawan.
5. Kemuncak pemecatan MM ialah bila berdepan dengan selera tuannya, TM yng umumnya mengatahui mempunyai pelbagai agendanya sendiri kepada negara sebelum berundur. Lantikan pengganti MM dan perubahan kabinet akan menjelaskan selera ini dan kenapa sebenarny MM diminta MM pergi. Kerja ini bukan baru bagi TM. Beliau negarawan ulung dan pemimpin tertua dunia yng masih dianugerahi kesihatan luar biasa untuk misi sebegini. Namun, hasrat rakyat yang ingin mengubah selera pemerinthan lama kepada PH agak tawar bila resepi sama juga dihidangkan untuk ditelan. Kroni, nepotism, politik singkir menyingkir, aib mengaib dan menjadikan jawatan sebagai agenda peribadi menjadikan ramai manusia berkuliti membaikkan negara mula lari dari pentas politik dan agenda membaikkan negara. Nama2 besar harapan anak muda seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Khairi Jamaluddin dll, kelihatan meminggir dari arus politik negara dan merugikan masa depan Malaysia.
Ramai bijak pandai politik mengulas yang MM tidak bijak berpolitik, walaupun beliau seorang yg bijak. Namun susah sampai masanya negara kita dipimpin oleh orang yang bijak, jujur dan amanah yang tidak bijak berpolitik(cara lama) yg memperdayakan rakyat yg kini sudah semakin celik politik. Rakyat mahukan kebaikan untuk mereka melalui pilihan mereka dan bukan memilih pemimpin untuk mengisi poket pemimpin dengan kuasa dan wang. Mudahnya rakyt inginkn “Politik Baru”
Anak2 muda terutama pengundi PH ternyata kecewa dengan episod ini. Mereka mengharapkan negara diterajui oleh pemimpin muda, terpelajar, islamik dan berjiwa masyrakat serta berkehidupan sederhana, akhirnya seakan tiada harapan. Banyangkan kempen mengekalkan MM sebagai MP mendapat sokongan lebih 300k tidak sampai 24jam perletakkan jawatan beliau. Kebanyakkan mereka anak muda yang inginkn kebaikan secara manusiawi dan juga kebaikan kepada negara. Orang muda merupakan bakal pengundi teramai pada PRU15 nanti. Parti2 yg bertanding perlukan suatu mandat baru dihati pengundi muda untuk memimpin mereka. Ramai orang baik dinegara ini yg menyertai politik untuk Malaysia yg lebih baik samaada di dalam PH dan pembangkang hari ini. Namun, masih ada yg inginkan negara ditunggang dan dimanipulasi oleh segelintir orang2 lama yang telah berakar umbi dengan kebejatan politik dan menjadikn rakyat dan pengundi mereka sebagai mangsa sebuah kekuasaan. Malaysia masih lama jika pemimpinnya orang lama.
Mari kita bekerja bersama untuk Malaysia yang lebih baik.
Ayuh….baharukan Malaysia Baru
Ayuh….baharukan Malaysia Baru
Hj Mohd Fadzil bin Saleh
Presiden Pertubuhan Suara Perihatin Malaysia.
Presiden Pertubuhan Suara Perihatin Malaysia.