Kimanis - kekalahan yang tidak akan memberi kesan kepada sebuah kerajaan yang sudah pekak.
1. Kekalahan PH (Warisan) agak mengejutkan.Tapi kejutan ini tidak akan memberi kesan kepada PH.
2.Kejutan lebih besar di Tg Piai pun tidak memberi apa-apa kesan kepada PH, apalagi kejutan di Kimanis.
3.Kerajaan yang sudah menjadi pekak dan tidak lagi peka tidak akan merasa apa-apa dari peringatn rakyat ini.Tg Piai atau Kimanis sama sahaja.
4.Kerajaan PH mencipta rekod sebagai sebuah kerajaan yang paling cepat menjadi pekak selepas berkuasa.Selalunya sebuah kerajaan akan menjadi pekak dan hilang peka selepas puluhan tahun berkuasa.PH luarbiasa.Menjadi pekak hanya selepas beberapa bulan berkuasa.
5.Kejutan Kimanis ini juga membuktikan rakyat tidak pekak.Sebaliknya rakyat membuktikan mereka amat peka.Usaha membodohkan rakyat tidak berjaya.
6.Rakyat bukan sahaja tidak pekak, mereka juga tidak buta.Mereka lihat video salahlaku menteri yang jelas dan tidak kabur.
7.Di Kimanis hari ini rakyat memberi tahu pemimpin bahawa mereka tidak pekak dan tidak buta.Makanya pemimpin jangan menipu rakyat.Jangan anggap rakyat senang ditipu.
8.Allah juga memerhati.Di Sandakan kamu melakukan dosa, di Kimanis kamu terima padahnya.Ya seekor menteri yang durjana tetapi bahananya merata kerana menteri2 lain dan perdana menteri membutakan diri melindungi satu kejahatan yang amat nyata.
9.Teruskanlah menjadi sebuah kerajaan yang pekak dan buta.
Mohamad Ezam Mohd Nor