Baru-baru ni Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Jamek kononnya nak menafikan beliau terlibat dengan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ni bukti Najib nampak sangat terdesak dan ghairah nak tunjukkan dirinya suci sehingga sanggup ketepikan peraturan dan larangan dengan menjadikan rumah Allah untuk mencapai kepentingan peribadi dan politik semata-mata.
Menurut pengakuan Azilah, dia dan Sirul telah diarahkan Najib untuk menangkap Altantuya yang dikatakan perisik dari negara luar. Akibatnya sekarang ni Azilah telah disiasat dan dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan itu. Sekiranya benar apa yang Azilah katakan ini, dah pasti ini tak adil buat Azilah. Azilah hanya mengikut arahan Najib, jadi tidak adil hanya Azilah sorang saja yang kena, sedangkan Najib terlepas dari hukuman.
Kalau betul Najib nak terlepas dari hukuman dan buktikan dirinya tak bersalah, Najib patut bela diri semasa perbicaraan kes di mahkamah. Bukannya senang-senang buat sumpah laknat di masjid pastu ingat dia dapat terlepas dari perbicaraan mahkamah. Senang lah kalau macam tu, mana-mana penjenayah, pembunuh nak lepaskan diri terkena hukuman, terus pergi masjid buat sumpah laknat.
Jadi, cakap macam mana sekali pun, sekarang ni lebih baik Najib berundur dari politik. Dalam kes Najib ni, sudah tentu semua orang sedia maklum bahawa kes bunuh ni punca kejatuhan Najib dan rakyat pun dah semakin menyampah dengan Najib.