KENAPA HADI BENGGANG DENGAN ANWAR?



Hadi memang wajar bengang dengan Anwar.  Semasa Anwar dalam ABIM dulu, Anwar Presiden, Ustaz Fadzil Noor Timbalan dan Hadi bawah lagi.  Bila Anwar masuk politik dan sertai Umno, Anwar jadi Menteri dan seterusya TPM, Hadi dok situ gak jadi Pembangkang.

Bila Anwar dipecat dan berjuang di dalam Pembangkang, kemudiannya ditubuhkan PR selepas Barisan Alternatif, PR dipimpin oleh Anwar lagi, Hadi dok bawah juga.  Tak larat duduk bawah ketiak Anwar, Hadi bawa parti dia keluar dari PR kononnya mahu bersendirian, maka bolehlah dia jadi ketua dalam parti sendiri.  Dia ingat dia kuat sendiri bila dia pimpin, dalam PRU14, melambak Kerusi Parlimen partinya lingkup.  Balik ke zaman dulu hanya bertahan di Pantai Timur saja.

Dia pun fikir, elok bersama Umno yg tgh nazak setelah tumbang jadi kerajaan.  Dia fikir boleh juga dia pimpin parti besar bergabung dgn Umno, maklumlah kononnya biar Islam memimpin.  Malangnya, gabungan itu dipimpin oleh Najib selaku Penasihat dan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno.  Bahkan, Ketua Pembangkang pun dia orang pilih Ismail Sabri.  Hadi tetap di takuk lama.

Oleh kerana itu, Hadi cukup tak senang kalau Anwar jadi PM ke 8 kerana mana dia nak letak muka kalau terpaksa melutut dgn Anwar nanti sebagaimana dia dah melutut dgn Tun M yg dia kata dulu hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja.  Nampaknya, Hadi hanya hero di Rusila je lah.