ADAKAH AI PERLU BERDIAM SAHAJA?



Melihat dan membaca segala tohmahan dan cercaan terhadap DSAI, Nurul Izzah dan keluarga mereka menaikkan darah saya. Istighfar sj dapat meredakannya. 

Malah ada yang sedang menunggu dan mengharap agar persengketaan Mahathir - Anwar diulangi semula. 


Negara rosak kerana pergaduhan itu. Tidak dapat dipulih walau diganti pengganti baru. 


Sekarang kerajaan baru, UMNO akan dilahir semula melalui nya. Saya harap DSAI diam sahaja dan lihat dan tidak memikirkan nasib rakyat.


Kerana memikir nasib rakyat selama ini dirinya terbakar berkorban. Sedangkan sifat Melayu mereka lebih senang mencari kesalahan. Mereka tidak berwawasan. Mahathir sedar kelemahan orang Melayu dan akan mempergunakan. 


DSAI juga tahu kelemahan Melayu tetapi ingin menguatkan. 


Maka akan berlaku pertembungan. Mahathir dengan drama tak sudah akan menyalahkan DSAI tidak sabar ingin jawatan. Padahal semua tahu dan faham perjuangan DSAI untuk rakyat dan selamatkan negara. 


Namun sikap Melayu bukan memberi sokongan, malah suka melihat perbalahan dan berpihak hanya dengan kemenangan walau ia bersalahan dan akan merosakkan. 


Saya sangat berharap kali ini DSAI tidak melayan paluan gendang Mahathir dan mereka yang ingin memastikan Anwar tidak menjadi PM. 


Jadi atau tak ALLAH yang akan menentukan. Jika menjadi PM untuk rakyat, kali ini Anwar diam dan lihat saja. Jangan bagi peluang Mahathir tutup segala kesilapannya dengan menunding jari ke arah Anwar sebagai punca.


Biar Mahathir dihamun rakyat kerana tidak mentadbir tetapi sekadar mengguna kuasa untuk menjadi dikatator menghabis baki usianya. 


Orang Malaysia berkata PH menang kerana Mahathir. Saya telah berkata dan terus berdiri teguh dengan kenyataan  bahawa Mahathir nampak kemenangan berpihak kepada PH maka dia datang kerana ingin mendapat nama.


Mengguna kesempatan sewaktu Anwar di penjara. Datang berjumpa Anwar kononnya nak bantu rakyat dan negara. 


Anwar berjiwa besar sanggup berkorban walau dia dapat baca tindakkan ex bos dia. Demi rakyat keluarga Anwar cukup menderita. 


Anwar juga semakin meningkat usianya. Saya harap kali ini biarlah Mahathir di hukum rakyat bukan Anwar yang memulakannya. 


Kali ini ANWAR SHOULD SAVE THE BEST FOR LAST. Biar rakyat yang minta Anwar pimpin semula. 


Saya hanya boleh berharap. Saya bukan orang pandai dalam percaturan politik namun ada masa lebih baik difikir nasib keluarga pula. 


Bukankah itu yang utama? 


Pembangkang dulu bersuara lantang

BN diserang siang malam
Sekarang berkuasa diam tidak bersuara
Melalui PH UMNO dilahir semula.

DSAI tidak boleh lagi menjadi lilin membakar dirinya. Biar rakyat terbakar dan rasa perit sehingga mereka menjerit ANWAR SEBAGAI PENYELAMAT MEREKA! 


Saya beri pandangan saya. Abaikan kerana saya bukan siapa2. Hanya penyokong DSAI yang sedih dia dihina.