Via..wassap
🤔 *APA SEBENARNYA YANG BERLAKU PADA KONGRES AMK?*
1.💢 *Apa Ceritanya?*. Majlis Pimpinan AMK melalui mesyuarat 20 Oktober 2019 memutuskan untuk menjemput YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019.
2.💢 *Berbeza dengan Tradisi*. Ini sedikit berbeza dengan tradisi sebelum ini yang menyaksikan Timbalan Presiden akan menjadi perasmi kongres AMK. Tetapi apakah berbeza dengan tradisi ini salah? Jawapannya tidak. Malah tidak ada apa-apa peraturan bertulis yang menetapkan perasmi Kongres AMK mesti Timbalan Presiden.
3.💢 *Kenapa AMK tidak mahu Timbalan Presiden jadi perasmi Kongres?*. Jawpannya mudah. Semua orang nampak bagaimana Timbalan Presiden tidak patuh pada organisasi dan Presiden. Tidak hadir mesyuarat secara berterusan dan membuat kenyataan yang menyerang kepimpinan parti. Timbalan Presiden juga kerap membuat tindakan yang bertentangan dengan disiplin organisasi. Membuat perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO tanpa pengetahuan parti.
4.💢 *Apa Reaksi Pasukan Azmin (Kartel)?*. Sudah pasti mereka marah. Malah bermacam-macam perkara mereka susun sebagai serangan balas. Dunia seperti sudah hampir kiamat untuk mereka. Anak-anak kartel diketuai Hilman tekad untuk menyertai Majlis Perasmian Kongres Wanita kerana Wanita Keadilan masih menjemput Azmin sebagai perasmi. Hilman menyeru semua anggota AMK untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Perasmian Kongres Wanita, semata-mata kerana mahu menjulang dan memuja Azmin.
5.💢 *Pengangkutan, Hotel, Makan Minum, semua Kartel tanggung?*. Untuk memastikan ramai orang menyertai Perasmian Kongres Wanita, maka semua urusan pengangkutan, penginapan, makan dan minum orang yang hadir ini akan ditanggung. Beginilah tegarnya mereka demi Bos Kartel. Tetapi mereka ini memang terkenal dengan mewah dan duit berlebihan. Jadi tak hairan mereka sanggup buat semua ini
6.💢 *Kartel mahu Undi Tak Percaya pada Ketua AMK dan Presiden?*. Hilman juga sedang menyusun undi tidak percaya kepada Akmal Nasir. Selepas beramai-ramai menyertai Kongres Wanita, mereka akan tetap hadir ke Kongres AMK pada Jumaat pagi. Tujuannya ialah mereka ingin memenuhkan dewan dan membuat undi tidak percaya kepada Akmal Nasir dan Presiden Parti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga akan membuat _walk-out_ dari dewan sebagai hilang kepercayaan kepada Parti.
7.💢 *Kongres Pintu Belakang?*. Selepas walk-out dari Kongres AMK, mereka akan ke sebuah Hotel di Kuala Lumpur di mana tempat mereka mengadakan sebuah program berasingan. Semua geng kartel akan berkumpul di hotel ini. Program ini adalah seperti Kongres Pintu Belakang anjuran Kartel. Dalam Kongres Pintu Belakang ini mereka akan membuat undi tidak percaya kepada Presiden dan kononnya mereka mahu mengambil kembali parti yang telah dipesongkan oleh Presiden. Mereka ini cukup tidak sedar diri. Merekalah sebenarnya yang sudah lama terpesong. Mabuk dengan kuasa dan kemewahan.
8.💢 *Pengikut bawah tak tahu perancangan jahat?*. Ramai pengikut Hilman tidak tahu perancangan ini. Mereka hanya ikut atas dasar arahan dan ikut-ikutan. Akhirnya mereka sendiri akan terkejut apabila tiba-tiba nanti akan ada usul menyerang (undi tidak percaya) terhadap Ketua AMK dan Presiden Parti.
9.💢 *Kenapa Kartel marah sangat?*. Sebab tindakan AMK ini mengganggu perancangan Azmin yang mahu jadi Perdana Menteri. Untuk jadi Perdana Menteri, mereka perlu tunjukkan yang Azmin ini kuat dalam parti. Azmin ini tidak boleh diusik dan Azmin mengawal segala-galanya dalam parti. Oleh itu apabila AMK tidak mahu Azmin merasmikan Kongres AMK, ini tamparan memalukan buat Azmin. Azmin menjadi orang yang tidak relevan dalam parti sendiri. Bagaimana orang begini boleh jadi Perdana Menteri.
10.💢 *Betulkah Azmin nak jadi PM?*. Untuk apa Azmin buat perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO? Apa perancangan sulit Azmin dan Hishamuddin Hussein yang terkantoi baru-baru ini? Mengapa Azmin begitu ghairah mengatakan Tun M perlu dibiar memerintah sepenggal sedangkan Persepakatan Pakatan Harapan menetapkan yang Tun M perlu serah kuasa kepada DSAI dalam masa dua tahun?. Azmin memang tidak menyebut dia mahu jadi PM sama seperti dia tidak menyebut dia mahu jadi MB Selangor suatu ketika dahulu. Tetapi akhirnya Kabilah Pintu Belakang ini cukup pandai bermain helah.
10. Oleh itu terima kasih AMK, terima kasih Akmal Nasir kerana jadi anggota pemberani. Kami anggota akar umbi akan mempertahankan apa yang benar dan merobohkan apa yang bobrok.
Sekian.
*#Sebarkan*
*#DemiKeadilan*